Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 July 2014

Ramadan 1435H: Tarawih Berbumbungkan Langit

Bergambar selepas selesai program.

Alhamdulillah. Sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu, Bapa, dan Guru (PIBG) dan mantan AJK PIBG telah mengadakan Majlis Solat Tarawih Berbumbungkan Langit Malam pada Jumaat lepas (18 Julai 2014).

Program ini adalah gabungan beberapa aktiviti iaitu program: bacaan Yasin; Majlis Berbuka Puasa; solat hajat; tazkirah dan penerangan berkenaan Syria; Solat Tarawih; dan Moreh.

Malas nak taip berjela-jela. Saya biarkan sahaja gambar 'berbicara'.

Bergambar dengan murid-murid tahun 6. Dari kiri: tak tahu nama, Fikree, Afiq, Firdaus, Luqman, saya, Amir (belakang saya), Haziq Sidqi (baju hitam belakang), Najmuddin (baju coklat sebelah saya), Aiman Aikimi (belakang, baju ungu,), Haikal (baju ungu sebelah Najmuddin), Adib, dan Fadhil.
Suka benar kalau bergambar...
Macam-macam gaya ada bila berhadapan dengan lensa. Ada lagi, tak nak tunjuk...
Encik Iqbal, mantan YDP PIBG yang banyak berjasa kepada sekolah.
Ni Ustaz Irfhan dan Ustaz Syafiq, banyak memberi idea dan pandangan terhadap unit yang saya ketuai. Tapi malangnya..........
Siapa mandai-mandai snap gambar ni...?
Entah macam mana Solah boleh ada dalam gambar ni...? Saya toleh ke arah Solah sebab tak mau diorang ni pedajal buat tanduk belakang saya.
Bergambar. Haziq Sidqi, Danish Haziq, saya, dan Solah.
Haziq Sidqi ni ketua kelas 4 Ibnu Bathutah 2012 yang pernah saya lantik.
Ambil gambar saya tengah makan ke...?
Gambar ni Solah yang ambil.
Mengah nak habiskan nasi...
Nak selfie guna la telefon sendiri. Jangan nak penuhkan memory telefon saya yang sedia penuh tu. Haish...
Suasana ketika iftar.


Imam jemputan datang jauh dari Syria.
Duduk menyemak jap kat kaunter tabung sumbangan Surau Mumtaz.
Bergambar dengan mantan YDP PIBG yang banyak berjasa bersama anaknya.
Tengok aje...?
Barisan guru lelaki bergambar selepas berkemas. Dari kiri: Ustaz Zulraime (GPK Ko-Kurikulum), Ustaz Asri, Ustaz Nasharuddin, Ustaz Hashim, Wak Kahar (belakang, berkopiah putih), Ustaz Iqbal (depan, bersongkok), Ustaz Syafiq,  Ustaz Jamaluddin,  Ustaz Sabaruddin, Ustaz Amirul Amin, dan saya. Depan dari kiri: Ustaz Irfhan, dan Ustaz 'Zul'. Gambar diambil oleh Ustaz Adli Salam.

Para ustaz pun pandai gak bergaya depan lensa. Saya je tak reti.

Tinta mencoret: Mencari satu ruang yang ada dalam Ramadan untuk 'bangkit' kembali.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

4 comments:

  1. Wahhhh....ramai nya.......Alhamdulillah Ustaz.....

    ReplyDelete
  2. Bagusnya program ni. Tahniah kerana mendpt sambutan menggalakan dan mendapat sambutan meriah. Selamat hari raya maaf zahir batin dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih.

      Selamat hari raya juga buat Pak Ngah.

      Delete