Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 July 2014

Minggu Terakhir Sya'aban 1435H, Siri 2

"Ustaz, kami masuk futsal. Nama team kami 5 Ibnu Bathutah FC."
"Wah, bagus! Siapa yang main?"
"Saya (Shafiq, ketua kelas), Megat, Ammar, Harith, dan Darwisy."
"Darwisy main? Nanti dia 'ghaib' masa tengah main, macam mana?"  
(Darwisy mendapat gelaran 'ghaib' daripada saya sejak tahun lepas)

Begitu seronok masing-masing selepas mereka mendaftarkan diri untuk liga futsal sempena Sambutan Hari Kantin, minggu lepas.

"Kalau pasukan kita menang, saya buat jamuan makan tengah hari minggu depan."
(Irfan Iman) "Yeay...!"
"Ha... Kantoi tak nak puasa minggu depan."
"Hahaha..." (Satu kelas gelak)

Salam Ramadan 1435H.

Pasukan 5 Ibnu Bathutah FC. Dari kiri: Ammar Muaz, Darwisy Sarhan (belakang), Megat Izz (kapten pasukan), saya, Shafiq, Irfan, dan Harith (belakang).
Mereka bersungguh-sungguh bermain untuk menang pada hari tu (Khamis minggu lepas). Pada perlawanan pertama, mereka berjaya menumpaskan pasukan yang terdiri daripada murid tahun 6 yang mana saya tak ingat nama pasukannya dengan 2 berbalas 1.

Perlawanan pertama je berjaya. Perlawanan kedua yang dijadualkan pada keesokkan harinya, mereka tumpas di tangan pasukan Southern Tigers dengan 3 tanpa balas.

Mungkin sebab saya tak menonton perlawanan kedua kot yang menjadikan mereka tak bersemangat untuk main... Hahaha... Tak bersemangatlah sangat. Kalau main je, semua laju. Kalau belajar, mulalah mata tu jadi layu.

Tak mengapa kalah. Biar kalah bermaruah, jangan kalah sebab tak usaha. Kalaulah mereka berusaha gigih sebegini dalam pelajaran, kan bagus.

Bergambar pada hari kedua perlawanan.
Perlawanan kedua berakhir dengan pasukan tumpas di tangan lawan dengan 3-0.
Aksi di hadapan lensa.
Tinta mencoret: Kalaulah mereka ada keinginan yang sama seperti ini dalam pelajaran...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. seronok tgk gelagat ank2 kalau ke padang..mmg xtahu penat..tapi kalau suruh belajar yg tak memenatkan tu bkn main lagi msg2.....he3x

    ReplyDelete