Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon 1 Sepang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu minggu lepas (12 April 2014). Alhamdulillah, wakil-wakil SRA Bandar Seri Putra berjaya memenangi pelbagai acara yang dipertandingkan, juga menjadi juara keseluruhan temasya tersebut.
Kedua-dua peserta bagi acara Khat dibawah seliaan dan bimbingan saya berjaya mendapat naib johan.
Jom kita layan gambar sekitar KAMIL Zon 1 Sepang yang diadakan di SRA Sungai Pelek.
 |
Saya dan Firdaus bergambar sebelum acara-acara bermula. |
 |
Berkumpul dalam tempat pertandingan acara Khutbah Jumaat. |
 |
Bergambar sebelum majlis penutup. |
 |
Farkhan berjaya mendapat naib johan bagi acara Khat Tahap 2. |
 |
Ha...? Saya menang apa ni...? Ni ambilkan hadiah Liyana Maisarah yang tak dapat hadir. |
 |
Saya dan Ustaz Jamal bergambar bersama peserta nasyid lelaki. |
 |
Peserta Khat bawah bimbingan saya, Farkhan berjaya mendapat naib johan. |
 |
Murid dari kiri: Wafir Dzihni (johan Hafazan dan Tafsiran), Farkhan (naib johan Khat Tahap 2), Amirul Hakeem (johan Pidato), dan Fikree (johan Solat Jenazah). |
 |
Bergambar beramai-ramai sebelum pulang bersama piala yang dimenangi. |
Tahniah semua. Mudah-mudahan kejayaan ini akan berterusan hingga ke peringkat daerah dan negeri...!
Terima kasih buat Hafiz dan Firdaus yang banyak bantu saya dalam membuat 'liputan' temasya.
Tinta berdakwat: Bertanding, bertanding juga. Ilmu yang diperoleh jangan lupa untuk diamalkan...!
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Taniah kepada semua team SRA bdr seri putra.....
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semalam pula peringkat daerah, dapat nombor 3 secara keseluruhan.
Deletetahniah,..auntie tumpang bangga dan gembira..
ReplyDeletetahniah semua... seronoknya baca entri ni... mudah2an anak2 saya Faris dan Alisya pun macam ni juga... :D
ReplyDeleteTAHNIAH3x.....kepada guru2 dan peserta2 yg menaikkn nama sekolah.
ReplyDelete