Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 April 2014

Debaran KAMIL Zon 1 Sepang 2014

Saya dan Ustazah Falah (kiri) dan  Ustazah Hayati Sulam selaku guru pembimbing bergambar bersama peserta Khat yang mewakili sekolah ke peringkat zon 1. Peserta dari kiri: 'Aishah Athirah, Nur Liyana Maisarah, Muhammad Farkhan, dan Aqil Hakimi.
Situasi satu
"Assalamualaikum, ustaz.
Kami nak panggil peserta marhaban perempuan."
"Wa alaikumussalam. Apa? Nak meraban?"
"Eh, bukan meraban la, ustaz. Marhaban."

Situasi dua
"Assalamualaikum, ustaz.
Ustazah suruh peserta marhaban turun ke bilik semani." 
"Walaikumussalam. Bilik semani?"
"Eh, silap. Bukan semani, tapi seminar." (sambil tergelak-gelak malu)
 "Bilik semani tu kat mana ek...?"
"Hahaha... Bukan semani la..."

Situasi tiga
"Ni nape berlegar-legar depan kelas saya ni?"
(Amirul ar-Rashid) "Nak panggil nasyid, ustaz." 
"Apa nasyid-nasyid ni?"
"(nada ngada-ngada) Ala, ustaz..."
"Kalau macam tu, kamu bernasyid dulu depan kelas ni.
Kalau sedap, baru saya bagi pergi."
"(juga dengan nada ngada-ngada) Ala, ustaz... Saya tak nyanyi, saya main percussion..."

Kebanyakkan murid-murid agak takut untuk masuk ke kelas yang mana saya berada di dalamnya. Mana tidaknya, saya meletakkan beberapa syarat terhadap mana-mana murid yang ingin berurusan dengan saya ataupun murid dalam kelas tersebut. Syarat pertama, beri salam. Kedua, minta izin untuk masuk, dan masuk sekiranya diberi keizinan. Ketiga, menyatakan hajat tersebut kepada saya sebelum menyampaikannya kepada ahli kelas tersebut.

Mudahkan...? Ini semua berkaitan dengan adab. Tapi kadang-kadang saya sengaja buat loyar buruk terhadap mereka yang datang... Hehehe...

۞   ۞    ۞  KAMIL ZON 1  ۞    ۞   ۞

Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon 1 Sepang dijadualkan pada hari esok, 12 April 2014 di SRA Sungai Pelek. Saya diamanahkan untuk melatih dua orang peserta Khat. Pertandingan bagi acara Khat pula diadakan empat hari lebih awal, iaitu pada Selasa, 8 April 2014, di sekolah yang sama.

Segala persiapan sudah dilaksanakan sehabis mungkin oleh semua guru-guru pembimbing. Kini tinggal menanti masanya sahaja untuk para peserta menunjukkan kehebatan masing-masing dalam acara yang mereka wakili.

Tahun lepas, SRA Bandar Seri Putra menjadi sekolah yang mendapat johan keseluruhan dalam peringkat zon. Mudah-mudahan tahun ini, gelaran tersebut kekallah di tangan kami.

Kebiasaannya, latihan dijalankan pada jam 3.30 petang. Jam 3.00 petang, selalunya terdapat 'kelibat' murid-murid datang ke kelas yang saya ajar untuk memanggil peserta untuk pergi membuat latihan di bilik-bilik yang sudah ditetapkan.

Terdapat beberapa orang murid 5 Ibnu Bathutah yang menjadi wakil sekolah ke peringkat zon, antaranya Syafiq (ketua kelas) yang memasuki acara Kalam Jamaie, Daniel (nasyid), Almas (marhaban), dan Aleeya Fatini (marhaban).

Saya cukup bangga dengan kalian. Setiap acara nampak agak sukar, namun kalian tetap cuba untuk melakukannya. Sedikit sebanyak kalian dapat banyak kosa kata Arab yang baharu, belajar untuk melafazkan bait-bait Rawi dan marbahan, dan sebagainya.

Saya turut mendoakan agar semua peserta yang mewakili sekolah memperoleh kejayaan. Juga saya doakan agar setiap apa yang dipelajari sepanjang latihan diadakan dapat diamalkan. Ilmu itu penting tau.
Acara Khat dah lepas. Kini menunggu keputusannya...

Tinta mencoret: Semoga berjaya, semua...!

Masjid al-Hasanah BBB SDE

2 comments: