Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 April 2014

Tika Cuba Untuk Menyemai Benih

Kalau Allah nak tarik nikmat yang Dia beri kepada kamu sekeluarga, bila-bila masa Dia boleh tarik. Kalau Allah nak jadikan kamu sekeluarga miskin, sekelip mata sahaja dia boleh buat. Macam mana? Dia matikan ayah kamu je. Gaji ayah kamu RM 20,000 sedangkan gaji mak kamu hanya RM 2,500 je. Kalau ayah kamu mati, habislah gaji RM 20,000  tu, tinggal gaji mak kamu je.

Macam mana mak kamu nak bayar ansuran dua buah kereta, Accord dan Myvi tu dengan gaji hanya RM 2,500? Itu belum lagi rumah-rumah yang ayah kamu ada, semua tu perlu dibayar walaupun ayah kamu sudah meninggal dunia.

Lepas ayah kamu meninggal, harta ayah kamu yang ada di bank semua akan dibekukan. Macam mana mak kamu nak langsaikan segala ansuran hanya dengan gaji RM2,500 tu? Itu belum campur perkara-perkara lain lagi.


Kamu dah dibesarkan dalam keadaan selesa. Kamu tak tahu bagaimana rasanya susah.

Itu antara teguran yang saya berikan kepada salah seorang murid saya yang mungkin saya boleh klasifikasikannya sebagai seorang yang agak keras kepala. Saya selalu menasihatinya agar tidak meninggalkan amalan yang agak mudah, iaitu amalan membaca al-Quran seharian. Namun nasihat saya dilihat enteng dan tidak diambil kesah.

Banyak perkara yang saya belajar sepanjang usaha saya untuk membentuknya walaupun diri saya sendiri tidak terbentuk. Saya tidak memandangnya sebagai seorang yang nakal, apatah lagi jahat. Namun, sikapnya yang lebih banyak memilih dunia daripada istiqamah atau konsisten dalam amal ibadat membuat saya mengambil sikap 'menjaga'nya sehingga dia mampu untuk melaksanakan walau sedikit amal kebaikan.

Atau setidak-tidaknya mampu untuk membaca al-Quran setiap hari!

۞   ۞    ۞  TUDUHAN  ۞    ۞   ۞


Tahun 6 2013 yang pernah sama-sama membuat ulangkaji bersama saya, tahun lepas. Alhamdulillah, ada dikalangan mereka yang asalnya Rasib (gagal) meningkat kepada peratusan yang menghampiri pangkat Jayyid Jiddan.
Tindakan saya tersebut membuatkan saya pernah dituduh dan dilabel oleh beberapa pihak dengan pelbagai label dan tuduhan. Yang paling 'best', saya pernah dilabel sebagai seorang yang 'mengandungkan' murid-murid saya kerana teguran 'keras' yang pernah saya berikan.

Saya faham apa yang tersirat terhadap label tersebut.

Mungkin itu ujian dan dugaan yang Allah berikan dalam usaha saya memberikan yang terbaik buat orang lain. Saya bukanlah insan yang sempurna. Namun, itu bukan alasan untuk saya tidak boleh berusaha menjadikan orang lain lebih baik. Boleh jadi orang yang saya didik itu mampu menjadi insan yang terbaik, mungkin lebih baik daripada saya. Dan mungkin juga lebih baik daripada pihak yang membuat tuduhan tersebut. Siapa tahu, kan?

Sunnatullah, orang nak buat baik, akan ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati terhadap kebaikan yang ingin dikerjakannya. Tahun lepas, saya menerima tohmahan yang sama apabila cuba untuk memberikan pengajaran luar daripada sesi PdP secara sukarela. Dan tuduhan itu kedengaran sehingga tahun ini walaupun murid-murid tersebut sudahpun melangkah ke sekolah menengah!

Begitulah. Ketika kita cuba untuk menyemai benih, pastinya kita akan sentiasa memberikan baja kepadanya agar dapat tumbuh dengan baik. Dan benih tersebut dijaga siang dan malam agar tidak dirosakkan oleh makhluk perosak.

Dan pasti, hasilnya adalah buah yang ranum. Boleh dimakan, atau dijual, atau diberikan kepada orang lain...!


Saya bukan manusia sempurna. Namun, saya teringin untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain. Bimbinglah saya sekiranya tersilap langkah, bukan menghamburkan kata-kata kejian dan penghinaan. Terima kasih buat Puan Guru Besar, Ustazah Nor Maizah yang banyak memberi tunjuk ajar dan teguran kepada saya dalam menjalankan tugas saya selaku seorang guru. Sesungguhnya setiap teguran dan bimbingan itu lebih bernilai berbanding tuduhan pihak yang langsung tak tahu akan apa yang saya usahakan selama ini.

Terima kasih semua. Terima kasih atas bimbingan. Terima kasih atas kritikan membina. Juga, terima kasih atas penghinaan yang diberikan. Sesungguhnya, ia mengingatkan bahawa saya seorang hamba Allah yang hina disisi-Nya. Dan ia menjadikan saya agar terus memperbaiki kelemahan yang ada.

Terima kasih...!

Tinta mencoret: Biar orang mengata, kita teruskan usaha.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. itulah cabaran menjadi pendidik..selain mengajar kita mendidik..dalam mendidik kita terpaksa berdepan dgn pelbagai ujian...InsyaAllah, Allah maha mengetahui isi hati dan keikhlasan kita...Pasti ada ganjaran menanti di depan.....

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar... moga MS trs tabah dalam menyebarkan ilmu... mmg bukan senang nak 'sedapkan hati' semua org... namun, sekurang2nya MS berusaha untuk ke arah itu... cakap2 belakang tu... hm... no komen! ustaz + ustazah pun manusia biasa kan?! mungkin ada juga iri nya...

    ReplyDelete