Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 May 2014

KAMIL Sepang '14

Alhamdulillah, Program Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Sepang selamat berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas, 26 April 2014 bertempat di Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Salak Tinggi (SRABBST), Sepang.

Saya ditugaskan sebagai Urusetia Kehakiman yang mana bertanggungjawab mengumpulkan markah yang diberikan oleh para juri hakim. Boleh dikatakan hampir sepanjang acara berlangsung, saya dikuarantin di bilik kebal yang mana menjadi tempat terakhir pengumpulan markah sebelum diumumkan oleh Ketua Bahagian Kehakiman, Ustazah Fasehaton.

Sambil-sambil mengisi masa lapang dalam bilik kebal sebelum kerja datang bertimbun.
Nasib baik Ustazah Fasehaton seorang yang ceria dan sporting. Kalau tak, mau bosan saya duduk dalam bilik kebal tu.

SRA Bandar Seri Putra menghantar wakil dalam lebih daripada 10 buah acara. Daripada acara-acara yang disertai sekolah, empat daripadanya dinobatkan selaku juara. Acara tersebut ialah Kalam Jamaie, Tilawah al-Quran (lelaki dan perempuan), dan Solat Jenazah (lelaki). Peserta bagi keempat-empat acara ini akan mewakili daerah Sepang ke KAMIL Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung, insya-Allah, pada esok, 3 Mei 2014 di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER), Gombak. Doakan mereka berjaya...!

Bergambar sebelum dikuarantin dalam bilik kebal.
Farkhan, peserta Khat bawah seliaan dan bimbingan saya. Cepat benar siap ek... Seorang lagi, Liyana Maisarah ada di sebelah tingkap sana, tak nampak dalam gambar ni.
Nabil, Johan Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Sepang 2 tahun berturut-turut.
Kalam Jamaie, johan.
Peserta Solat Jenazah Lelaki bergambar dengan guru pembimbing, Ustazah Najiha dan Ustazah Fazidatunnaim. Alhamdulillah, johan.
Nasyid perempuan, Johan peringkat Negeri 2013, juga johan peringkat zon 1 tempoh hari. Entah apa silapnya, tidak menang sebarang nombor dalam peringkat daerah kali ini.
Nabila, peserta Tilawah al-Quran Perempuan. Alhamdulillah, juara.
Wafir Dzihni, naib johan acara Hafazan dan Tafsiran. Hanya beza satu mata dengan peserta yang juara.
Bergambar dengan dua orang peserta Pidato yang mewakili sekolah masing-masing ke peringkat daerah. Hafizzudin dari SRA Desa Putra (Zon 2) mendapat naib johan manakala Amirul Hakeem dari SRA Bandar Seri Putra (Zon 1) mendapat tempat ketiga.

Ustazah Maizah menerima piala juara keseluruhan bagi zon 1.
Para guru bergambar beramai-ramai dengan sebahagian daripada piala dan hadiah yang diperoleh. Para guru pula mendapat johan dalam pertandingan menghias dewan pertandingan.
Dalam seminggu ini, peserta yang mewakili daerah berhempas-pulas berlatih demi memastikan kejayaan milik mereka. Mudah-mudahan kejayaan milik mereka nanti, Amin...!

Video bawah ni saya rakam ketika saya suruh mereka berlatih. Asalnya mereka 'enggan' sebab tak ada jenazah, jadi saya suruh salah seorang daripada mereka untuk jadi 'jenazah'. Akhirnya, jadilah drama "Tanah Kubur", 'jenazah' berat sangat...
Tambahan: Takziah diucapkan buat Puan Guru Besar, Ustazah Nor Maizah binti Ambari atas pemergian bondanya yang dicintai, pagi tadi. Semoga ustazah tabah menghadapinya. Al-Fatihah.

Tinta mencoret: Semoga kejayaan mengiringi kalian semua, Amin...!

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. Syabas kpd yang berjaya..berkat kesungguhan peserta dan guru2...Yg tidak berjaya boleh mencuba lagi dipertandingan2 yg akan datang....Adat bertanding ada menang kalah.

    ReplyDelete