Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

09 May 2014

KAMIL Selangor 2014

Alhamdulillah, Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2014 Peringkat Negeri Selangor berlangsung dengan jayanya di Sekolah Agama Menengah Rawang, Gombak pada Sabtu lepas, 3 Mei 2014. Dukacitanya, daerah Sepang hanya mampu merangkul 4 pingat sahaja dalam acara-acara yang dipertandingkan bagi kategori SRA/SRAI/KAFAI/SRI.

SRA Bandar Seri Putra yang menghantar peserta bagi mewakili daerah Sepang bagi 4 acara berjaya  membawa pulang satu pingat emas melalui acara Tilawah al-Quran Lelaki.

Tahun 2014 sudah berakhir. Nampaknya rezeki tidak banyak memihak kepada kami seperti tahun sudah. Insya-Allah, tahun hadapan kita usaha dengan lebih gigih lagi.

Peserta Kalam Jamaie sedang membuat persembahan.
Peserta Tilawah al-Quran Perempuan dari semua daerah. Peserta SRA Bandar Seri Putra yang mewakili daerah Sepang, Nabilah, berdiri paling kiri belakang.
Ustaz Rozie sedang memberi sentuhan terakhir buat anaknya.
Nabil sedang memperdengarkan bacaan al-Quran.
Time ni saya memang takde kerja.
Sambil merekod bacaan Nabil, sambil menghasilkan satu seni. Hohoho...
Bergambar dengan peserta Solat Jenazah. Maaf tak sempat nak bagi sokongan sebab serentak dengan Kalam Jamaie. Dari kiri: Hakim, Najmuddin, Adib, saya, Fikree, dan Fikri.
Sambil menunggu keputusan diumumkan. Muka tengah penat.
Ustaz Hashim dengan muka selambernya. Hehehe...
Fikree tengah bosan tu... Penuh kamera saya dengan gambar dia dan kawan-kawannya.
Nabil selepas menerima hadiah. Maaf, gambar atas pentas tak berapa clear.
Nabil bergambar bersama keluarga.
Ingatkan nak join bergambar sekali, tapi seganlah.
 
Tinta mencoret: Kita hanya merancang dan berusaha, Allah jualah yang akan menentukan hasilnya.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. Dapat pingat sikit pun tak apalah...yang penting ialah penyertaan ke arah memartabatkan agama untuk generasi pelapis yang bakal memimpin negara....

    ReplyDelete