Sebut sahaja duit raya, pastinya anak-anak berlumba-lumba berkumpul. Tidak kurang juga yang bersaing secara aggresif, siapa yang peroleh duit raya terbanyak.
Sekiranya tiada budaya duit raya, bagaimanakah suasana berhari raya bagi anak-anak kecil? Pastinya kita tidak terbayang kesuramannya.
Kini, tiada lagi kumpulan anak-anak datang beraya rumah ke rumah.
Dalam budget raya, pastinya kita meletakkan sedikit amount untuk duit raya yang bakal diberikan kepada anak-anak, sama ada anak sendiri, anak buah, anak saudara, ataupun anak-anak yang datang beraya.
Jangan dijadikan budaya memberi duit raya ini sebagai satu bebanan. Banyak baiknya sekiranya budaya ini diteruskan, lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba canggih ini yang mana memakan budaya kunjung-mengunjung di kalangan anak-anak kecil.
Bagaimana pula sekiranya duit raya MEMANG menjadi bebanan pada pemberi?
Kalau sudah menjadi bebanan, jangan beri duit raya. Biarlah apa orang nak kata.
Tapi, takkanlah setakat seringgit seorang pun kemut nak bagi? Niatkanlah ia sebagai hadiah kepada mereka. Sesungguhnya, kegembiraan anak-anak itulah sebenarnya menjadi kemeriahan Aidilfitri, bukan hanya pada baju-baju yang menarik dan perabot yang cantik semata-mata.
Menjadi kebiasaan masyarakat Melayu memberi duit raya kepada anak-anak.
Saya sedang membiasakan diri untuk memberi duit raya kepada anak-anak buah dan anak-anak saudara yang tidak terkira ramainya. Tetapi yang peliknya, saya masih lagi menerima duit raya... Haish ~ ~ ~
Tinta mencoret: Orang memberi kita merasa...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment