Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

04 October 2011

Hudud Dan Demokrasinya Malaysia


Setelah dua minggu menyepi akhirnya tangan gatal nak menaip dan mengupdatekan CTB yang nampaknya hampir nak bersawang.

Selama dua minggu ni rasanya banyak juga gambar-gambar yang nak dikongsikan, tetapi ditangguhkan atas dasar tidak punya masa untuk menapis gambar-gambar untuk paparan bersama.

Cuma gambar berkaitan dengan jamuan raya di SRA Bandar Seri Putra dan sekitar PSRA sahaja yang dapat dimuat turun, itupun di blog dan Muka Buku sekolah. Peristiwa rasmi, kenalah dikemaskini untuk makluman pihak yang berkaitan. Kalau tidak, mau juga jadi pekasam...
Menyertai sesi ulangkaji murid tahun 6 sebelum PSRA.

* * * * *

Sebelum balik, saya berbual dengan seorang pengawas tahun enam, Nidal, berbual beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan tabiat membaca, sesuai dengan bulan Oktober sebagai bulan membaca.

Entah macam mana, ketika saya memberikan pendapat agar Nidal membaca pelbagai sumber bacaan yang dapat memberikan input-input terutamanya berkaitan pengetahuan am, Nidal mengajukan satu persoalan berkaitan dengan hudud yang kini disensasikan oleh media massa khususnya media arus perdana.

"Perdana Menteri tu tahukan itu undang-undang Allah, tapi kenapa dia (beliau) tak nak buat?" soalan perangkap yang diberikan Nidal direct ditujukan kepada Perdana Menteri.

Aduh... Sebolehnya saya mahu mengelak daripada membicarakan perkara berkaitan dengan politik. Tetapi atas dasar ilmu, saya menjelaskan tentangnya dan bersikap 'atas pagar' agar setiap pendapat saya tidak bias dan berat sebelah terhadap mana-mana kumpulan.

Sebagai Muslim, kita tahu bahawa hudud merupakan salah satu daripada Bab Jinayat ataupun undang-undang jenayah dalam Islam selain qisas dan ta'zir. Tak tahu?

Apa itu hudud? Apa itu qisas? Apa itu ta'zir?
Itu rasanya tak perlu saya huraikan di sini. Nak tahu lebih lanjut, eloklah menuntut dengan mana-mana alim ulama supaya ilmu yang diterima lebih clear dan jelas berbanding hanya membaca blog picisan ini sahaja yang mungkin akan menambahkan keserabutan rambut yang sedia terserabut.

Mahu tidak mahu, setiap manusia yang diberi kuasa untuk melaksanakan sistem ini WAJIB untuk melaksanakannya.

Kalau dilihat kepada konteks Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, setiap warganegara yang berumur 21 tahun ke atas berhak untuk memilih seorang wakil untuk ditempatkan di Dewan Rakyat, salah sebuah Dewan untuk menggubal perlembagaan dan undang-undang persekutuan selain Dewan Negara yang diwakili senator yang dilantik Kerajaan.

Dan kuasa terhadap agama Islam merupakan bidang kuasa Negeri-negeri dan sebarang enakmen yang mahu digubal hendaklah dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), juga dipilih oleh warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

Tetapi, mengapa Kelantan di bawah teraju YB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal untuk melaksanakan hudud di Kelantan sedangkan beliau berkuasa untuk mengarahkan semua ADUN yang menyokong kepimpinannya di Kelantan untuk menggubal undang-undang hudud tersebut?

Adakah beliau hanya mahukan publisiti murahan?
Adakah beliau hanya mahu meraih sokongan?
Adakah beliau hanya bermusim dalam membuat kenyataan?
Atau adakah beliau tidak mampu melaksanakannya atas sebab teknikal dan kekangan Perlembagaan?

Seperti yang sedia maklum, undang-undang tertinggi Negara adalah Perlembagaan Persekutuan dan setiap perlembagaan dan undang-undang yang dibuat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dianggap terbatal dan tidak berfungsi.

Ini yang menjadi masalah besar kepada YB Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Ingat lagikah apa yang berlaku di Terengganu suatu masa dahulu ketika negeri tersebut berhasrat melaksanakan hudud? Terengganu diheret ke mahkamah kerana mahu melaksanakan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya tidak pasti di bahagian manakah yang bercanggahan tersebut, namun jika benar apa yang dikatakan oleh Majlis Peguam bahawa hudud bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka WAJIB kepada semua Ahli Parlimen yang beragama Islam untuk berikhtiar mengubahnya agar mesra Islam, termasuklah mesra terhadap sistem perundangan Islam.

Bagaimana pula jika pemimpin dan Ahli Parlimen tidak mahu berikhtiar untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan agar lebih mesra Islam?

Jawapannya mudah, barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang ditetapkan oleh Allah melalui al-Quran dan as-Sunnah, maka... Jawab sendirilah. Itu sudah dikira mengingkari setiap arahan yang Allah arahkan.

Faham bukan. Setiap wakil rakyat, baik Ahli Parlimen, baik ADUN, semuanya berperanan ke arah melaksanakan sistem Allah ini. Sekiranya mereka tidak melaksanakannya, maka SETIAP ORANG yang memilih wakil yang tidak berikhtiar untuk menjalankan sistem Allah, juga akan mendapat saham berupa DOSA.

Sebab apa pula?
Sebabnya kita menyumbang satu undi sehingga membawa kepada kemenangan mereka yang menyebabkan mereka menjadi Ahli Parlimen atau ADUN yang bertugas untuk menentukan sama ada berjaya ataupun tidak sistem tersebut dikuatkuasakan. Kita bukan negara monarki yang mana raja berkuasa mutlak menentukan corak pemerintahan tetapi kita negara demokrasi yang mana pemimpin yang diangkat perlu mendapatkan sokongan terbanyak. Jadi, setiap sokongan terhadap pemimpin yang jelas tidak mahu malah mempermainkan perintah Allah ini akan mendatangkan dosa kerana sokongan ini yang akan mengangkat mereka menjadi pemimpin.
Sudahlah tidak membantu untuk meningkatkan kefahaman umat Islam Malaysia berkaitan dengan sistem Allah, malah sanggup mempermainkannya. Astaghfirullah-al-azhim.
Pening? Banyakkan membaca dan bersikap neutral untuk memastikan kita menerima sumber yang tidak berat sebelah.

Lagi satu, kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan Malaysia masih belum sesuai melaksanakannya atas dasar belum kondusif dan rata-rata rakyat Malaysia masih belum memahami dengan baik.
Hey, Rasulullah Sallallahu 'alayhi Wasallam memerintah Madinah hanya 10 tahun sahaja selepas membina pegangan akidah yang kukuh dalam diri para sahabat selama 13 tahun di Makkah, yang mana kesemuanya mengambil masa lebih kurang 23 tahun sahaja. Sekiranya Rasulullah itu dijadikan qudwatun hasanah, role model, contoh ikutan yang selalu dilaungkan semasa Maulidur Rasul, adakah berkaitan dengan perkara ini, ia tidak boleh diikuti sedangkan Malaysia sudahpun merdeka melebihi 50 tahun? Adakah kita mahu menunggu sehingga 100 tahun untuk menjadikan Malaysia kondusif untuk melaksanakannya?

Tinta mencoret: 'Malangnya' hidup dalam era demokrasi...


Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. pendapat aku , kalau Kelantan laksana hukum hudud , kalau si pesalah nanti dijatuhkan hukum , beliau boleh merayu ke mahkamah yg lebih tinggi kn ?

    yang tertakluk bawah undang2 persekutuan . bila2 saja mahkamah lebih tinggi batalkan hukuman dan jatuhkan hukuman civil .

    so , no point lah kalau kelantan mahu buat .


    nak tak nak , ubah . =)


    ah benda ni . semua nak buat main . semua nak dibuat bahan politik . gila .



    *bro , blog lu , tiap kali gua buka , akan jump ke adf.ly . apa tu ?

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut amanah, setiap wakil rakyat yang mengaku Islam WAJIB mengubah sama ada dia UMNO, PAS, PKR, DAP, dan sebagainya.

    Tapi klu realitinya, adakah mereka (baca: MP BN) akan mengubahnya sedangkan mereka berkuasa lebih 50 tahun?

    kesimpulan mudah... UBAH :)

    ReplyDelete