Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

05 October 2011

Kasihnya Kekasih Kepada Ketidak-kasih Kekasihnya


Sumber
Daripada lebih kurang 700 orang murid sesi petang, tak sampai 100 orang sahaja yang hadir. Bila ditanya kepada seorang murid tahun lima yang hadir, katanya guru di sekolah kebangsaan baru sahaja memberitahu adanya aktiviti ko-kurikulum, yang mana semalam kebanyakkan daripada murid tahun empat yang saya tanya menyatakan sebaliknya. Pada mulanya saya menyangkakan ketiadaan murid disebabkan hujan lebat...

Sesi pembelajaran tidak dapat dijalankan secara formal akibat ketidakhadiran murid yang terlalu ramai. Jadi, mereka dikumpulkan di dewan untuk mendengar sedikit ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Hanif.

Daripada tazkirah yang disampaikan lebih kurang sejam itu, isi pentingnya berkisar kepada konsep bersyukur.

Ada satu point yang disampaikan oleh Ustaz Hanif dalam tazkirah tersebut yang mencuri perhatian saya, mengingatkan semula tentang kasihnya Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam terhadap umat Baginda.

Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam bersusah payah untuk memastikan Islam berkembang dan dapat disebarkan dengan meluas. Selama lebih kurang 13 tahun Baginda membina unsur ketauhidan dalam diri para sahabat yang beriman di Makkah, Baginda berhijrah sejauh lebih 400 km ke Yathrib semata-mata mahu melihat Islam berkembang selepas usaha di Makkah dilihat seakan-akan tidak mendapat reaksi yang positif.

Hasil daripada didikan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam membina keyakinan yang jitu terhadap keesaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala di Makkah, Baginda membentuk dan mengajarkan sistem kehidupan yang tersusun di Madinah, selari dengan wahyu yang diterima Baginda.

Kehidupan bangsa Arab Jahiliyyah sememangnya teruk. Kaum Hawa yang selama ini dipandang hina dalam masyarakat Jahiliyyah. Golongan kaya menetapkan kadar interest yang tinggi terhadap semua bentuk pinjaman yang dihulurkan kepada golongan peminjam, rata-ratanya miskin. Puak bercakaran, malah berbunuhan sesama puak, walaupun terhadap perkara yang remeh-temeh.

Dengan ajaran Islam yang Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam sebarkan, keadilan berjaya ditegakkan, martabat wanita diangkat, riba' dihapuskan, dan puak-puak dalam bangsa Arab disatukan, juga dipersaudarakan atas dasar Iman dan Islam.

Baginda bukan sahaja mengenalkan kepada kehidupan Akhirat semata-mata, tapi juga mengajar kita supaya hidup dengan penuh adab dan tatasusila yang mulia.

Manusia yang menjadi kekasih Allah ini begitu menyayangi kita selaku umat baginda.
Tatkala sebelum baginda wafat, baginda sempat bertanyakan kepada Jibril Alayhis Salam berkenaan nasib umat baginda. Hati baginda tidak tenteram sehinggalah Jibril menjanjikan khabar gembira buat umat baginda.

Ketika nyawa baginda ditarik perlahan-lahan oleh Izrail Alayhis Salam, Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam berpeluh-peluh menahan derita. Fatimah, anak baginda terpejam, Ali pula tunduk, manakala Jibril pula memalingkan muka. Masingt-masing tidak sanggup melihat Kekasih Allah menderita kesakitan.

Dalam menahan keperitan maut, baginda masih lagi teringatkan umat baginda sehinggakan baginda mengharapkan agar kesakitan yang dirasai umat baginda ketika mati diberikan kepadanya.

Ketika badan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam mulai kaku, bibir baginda sempat lagi membisikkan sesuatu berupa nasihat buat umat baginda:
أوصيكم بالصلاة وما ملكت أيمانكم
Peliharalah solat dan orang-orang yang lemah di kalangan kamu.

Sebelum nafas baginda terhenti, baginda membisikkan sesuatu kepada Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah:
أمتي، أمتي، أمتي
Umatku, umatku, umatku... (Ummati, ummati, ummati...)

Begitu kasihnya Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam walaupun ketika baginda kegeringan menahan sakitnya saat nyawa ditarik.

Kita? Apa bukti cinta kita buat Kekasih Allah? Adakah hanya cukup dengan berselawat semata-mata?
TIDAK. Kita menghargai ajaran baginda juga menjadi bukti ketaatan dan kecintaan kita kepada Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.

Sedih, masih ada manusia yang mengaku Islam tapi tidak mahu membenarkan ajaran yang dibawa baginda. Juga ada yang keterlaluan menghina dan memburukkannya.
Malas nak ulas. Eloklah baca ulasan Encik Solihin Zubir.
IF Rasulullah read or heard about this...

Tinta mencoret: Tentu Rasulullah sedih jika diizinkan Allah untuk bersama dengan kita...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment