Entry ini adalah pengukuhan terhadap artikel terdahulu bertajuk: ASB Isn't Shariah-Compliant...? (AISC)
Pelaburan adalah salah satu daripada rancangan kewangan yang penting. Tetapi, pelaburan 'akhirat' itu lebih utama berbanding pelaburan dunia yang kita acapkali fikirkan. "Bijak Dunia Bijak Akhirat". |
"Aku dah cakap dah, kau tak mau dengar."
"Ni pasal ASB lah." "Pasal apa dengan ASB tuh?"
"Dulu aku kata jangan buat, kau nak sangat buat ASB tuh."
Sebelum ini, saya pernah mengatakan bahawa Amanah Saham Bumiputra dan Amanah Saham Nasional adalah haram kerana ia dilaburkan pada tempat-tempat yang tidak patuh Syariah (non-Sharia compliant).
Dan, terkini Sahibus Samahah Dato' Tamyes selaku Mufti Selangor memutuskan bahawa ASB dan ASN adalah HARAM di sisi Islam kerana terdapat beberapa pelaburan besar dalam kedua-dua amanah saham (dan mungkin juga dalam dana-dana lain yang diterbitkan PNB) secara jelas disalurkan kepada syarikat-syarikat yang tidak patuh Syariah.
Keputusan pengharaman ASB dan ASN ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali kedua 2011 yang bersidang pada 12 April yang lalu.
Pengharaman ASB dan ASN ini disandarkan kepada sabda Rasulullah sallallahu a'layhi wasallam:
ما اجتمع الحلال والحرام إلا غلب الحرام الحلال أو كما قال
Halal dan haram itu tidak akan bercampur melainkan (sekiranya macam bercampur) maka haram akan mengalahkan yang halal (menjadi haram).
Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission - SC) menerusi Majlis Penasihat Syariahnya (Sharia Advisory Council - SAC) yang diberi kuasa untuk memantau perjalanan dana-dana pelaburan berkelompok (pool investment fund) yang mematuhi syariah (sharia compliant) bertanggungjawab meluluskan dana berteraskan Syariah yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat pelaburan dan kewangan. Kelulusan ini diberikan kepada dana yang benar-benar menepati Syariah dan syarat yang digariskan oleh SAC.
Dana dan sekuriti yang mendapat kelulusan SAC kemudiannya disenaraikan dalam senarai dana dan sekuriti yang mematuhi Syariah (Sharia-compliant securities). Ternyata dalam senarai terbaru yang dikeluarkan SAC, ASB dan ASN (juga mungkin kesemua dana yang dikeluarkan PNB) tidak tersenarai dalam senarai tersebut. Ini bermakna ASB dan ASN ternyata bukan sebuah dana yang mematuhi Syariah.
"Mengapa pula SAC yang bising-bising pasal Syariah ni pula? Bukankah kita ada mufti, kita ada fatwa? Biarlah mereka sahaja yang keluarkan fatwa. Kenapa perlu lagi SAC kacau hal ehwal Islam?"
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, terdapat beza antara Jabatan Mufti (atau pihak berkuasa agama) dan SAC. Jabatan Mufti berkuasa mengeluarkan sebarang fatwa berkenaan halal-haram perjalanan sesuatu dana atau sekuriti tetapi tidak mampu untuk mengawal aktiviti sekuriti tersebut sekiranya perjalanan pelaburan sekuriti yang didakwa Islamik itu bercanggahan dengan Syariah. Manakala SAC adalah sebuah badan dibawah SC. SC adalah satu-satunya entiti kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perjalanan sekuriti dan dana pelaburan di Malaysia. SAC yang ditubuhkan dibawah SC bertujuan melulus serta MEMANTAU aktiviti semua sekuriti dan dana pelaburan Islamik yang diluluskannya agar SELARI dengan Syariah.
Ini bermakna SAC berkuasa penuh terhadap dana dan sekuriti Islamik yang diluluskannya berbanding pihak berkuasa agama yang hanya mampu mengeluarkan fatwa tanpa dapat mengawal aktiviti tersebut.
Seperti yang pernah saya paparkan dalam entry saya yang terdahulu, tiada satu pun dana pelaburan yang diterbitkan PNB seperti ASB dan ASN diklasifikasikan sebagai dana patuh Syariah (sharia-compliant funds) atau sekuriti patuh Syariah (Sharia-compliant securities).
Keputusan berani Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin sendiri oleh Dato' Mufti Selangor ini juga dilihat sebagai satu keputusan yang berani tatkala mana banyak ulama-ulama yang cenderung kepada Kerajaan (BACA: Kerajaan Persekutuan) mengharuskan ASN dan ASB atas dasar survival umat Islam seperti yang diutarakan Dr Mahmood Zuhdi. Insya-Allah, saya akan ulas pendapat beliau pada masa akan datang sekiranya berkesempatan. Fatwa Selangor ini juga jelas bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan di Perak dan Sarawak.
Ingat, YANG HALAL ITU JELAS DAN YANG HARAM ITU JELAS. Secara terang-terangan ASB dan ASN itu dilaburkan ke dalam syarikat dan bank konvensional yang tidak berlandaskan Syariah, mengapa perlu kita pertahankannya sedangkan terdapat banyak pilihan dana yang Islamik?
Jawapan Dato' Mufti Selangor terhadap pertanyaan mengenai halal-haram ASB dan ASN. (Helaian pertama) |
Jawapan Dato' Mufti Selangor terhadap pertanyaan mengenai halal-haram ASB dan ASN. (Helaian kedua) |
Kata akhir daripada saya, JANGANLAH MELABUR DI ASB, ASN, ATAU MANA-MANA DANA YANG DITERBITKAN PNB selagi dana-dana atau sekuriti-sekuriti di bawah seliaan PNB tidak mematuhi Syariah dan tidak diluluskan SOC sebagai sekuriti yang patuh syariah. Sekiranya akan teringin untuk melabur, JANGAN LABUR DALAM DANA YANG BERKENAAN.
"Habis tu, aku nak buat pelaburan kat mana?"
"Ok, aku ada dana BAEK untuk kau. Nanti kita citer personally, okay?"
"Okay. Tomorrow night at 9 at NZ KLCC." "No prob..."
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
PERHATIAN: Surat tersebut adalah berdasarkan daripada laman sesawang Islam Itu Indah. Sekiranya surat tersebut tidak benar, ia adalah di luar daripada pengetahuan saya selaku penulis artikel kali ini. Walau bagaimanapun, isi surat berkenaan adalah selari dengan pendapat saya bahawa ASB dan ASN adalah HARAM di sisi Islam.
No comments:
Post a Comment