Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

27 May 2011

Saga Semput-Sangkut


Punggah punya punggah, rupanya tertinggal komputer riba dan kamera di sekolah. Maklumlah, sudah berjanji dengan abah mahu pulangkan keretanya pada Jumaat malam. Janji tetap janji. Kalau sudah berjanji mahu memulangkan keretanya pada Jumaat malam, maka janji tersebut perlu dikotakan.Kalau tak, esok-esok dikhuatiri saya tidak lagi diberi pinjam.

Setelah Saga WBH meragam di Leisure Mall Ahad lepas, di hujung sudut hati ini tergerak untuk membeli sebuah kereta kompak yang sesuai dengan monthly personal budget. Kalau beli kereta besar-besar tapi yang naiknya hanya seorang, bukankah ia dikira sudah membazir. Betul tak?

Aduh, kereta rosak pula... Apa nak buat nih...?
Dengan budget yang terlalu kecil, tidak usahlah berangan-angan untuk membeli kereta yang besar, lebih-lebih lagi setelah Having An Audi Mission telah mengalami kegagalan atas beberapa sebab yang berpunca daripada seorang manusia yang mana bapanya sendiri tidak meredhai dirinya. Saya? Terpaksalah menarik diri daripada terlibat dengan manusia yang sudah hilang keberkatan dalam hidupnya akibat menderhaka kepada bapanya sendiri.

Pesanan daripada bapanya yang juga seorang guru besar di sebuah sekolah kerajaan kepada saya agar lebih berwaspada dan berkira-kiran serta berfikir panjang sebelum 'melaburkan' sejumlah wang, sama ada sedikit ataupun banyak terhadap mana-mana individu ataupun organisasi. Insya-Allah, pesanan ini akan diingat sampai bila-bila.

Berbalik kepada kisah di atas, setelah Saga WBH kesayangan tersemput-semput sangkut setelah tiba di Leisure Mall, mahu tidak mahu terpaksalah saya pulang ke Bangi dengan menaiki teksi sehingga ke Stesen Komuter yang berhampiran, Bandar Tasik Selatan dan Saga WBH terpaksa ditinggalkan di tepi jalan berhampiran pintu masuk parkir Leisure Mall.

Kalau kereta rosak, jangan biarkan ditengah jalan. Alihkanlah ke tepi. Tapi, janganlah teruk bebenar macam dalam gambar di atas. 
Dalam dua tiga hari, saya berfikir, adakah wajar untuk saya membeli sebuah kereta baru bagi menggantikan Saga kesayangan? Keputusan berat terpaksa dibuat bagi melepaskan Saga yang mana terlampau banyak menaburkan baktinya selama hampir satu setengah tahun sejak Januari tahun lepas.

Ketetapan Allah takkan nak dimarah Allah pula kan...?

Model kereta baru yang telah lama diperhatikan adalah Saga FL dan sudah disurvey sejak bulan Mac tetapi ditangguhkan kerana mahu mengumpulkan seboleh-bolehnya 20 peratus bayaran muka agar bulanannya dapat dikurangkan, tetapi selepas Saga WBH rosak, rancangan ini terpaksa dilupakan dan mencari sebuah kenderaan yang lebih murah.

Keputusan pantas terpaksa dibuat kerana memikirkan kepentingan kereta ketika keadaan yang mendesak.

Berangan test driving Honda City.
Diiringi doa, saya mengambil keputusan setelah berfikir tidak sampai dua hari untuk membeli sebuah kereta baru, Viva 660i. Viva pun Vivalah. Keputusan pembiayaan saya akan diketahui selewat-lewatnya Selasa ini. Doa-doakan saya agar semuanya berjalan dengan lancar, Ameen.

Tinta mencoret: Selamat pergi, Saga kesayanganku...

Orange CC, Hulu Kelang, Kuala Lumpur, WP


Bacaan lanjut:
Huzaifah.org

No comments:

Post a Comment