Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

28 May 2011

Kasihan Pada Si Pemboros


Apakah yang kita rasa sekiranya seorang ayah datang mengadu kepada kita bahawa susu yang diminum anak kecilnya terpaksa dikurangkan disebabkan pendapatannya sudah tidak dapat menampung kos. Sudah tentunya kita berasa simpati, kasihan dengan keadaan si ayah.

Namun, bagaimana pula sekiranya kita mengetahui bahawa si ayah tersebut sering membelanjakan wang pada perkara-perkara yang bukan menjadi awla, priority, atau bukan pada perkara-perkara yang menjadi keutamaan, membazir, berfoya-foya, kuat merokok, melepak dengan kawan-kawan di kedai kopi, dan sebagainya? Adakah kita masih berasa kasihan, simpati terhadap si ayah atau perasaan kasihan dan simpati itu bertukar menjadi marah?

Kalau macam tu perangainya, buat apa perlunya kita simpati?

Begitulah tamsilan yang paling baik untuk menggambarkan terhadap tindakan kerajaan yang berhasrat untuk mengurangkan subsidi terhadap elektrik yang menatijahkan kenaikan tarif elektrik berkuatkuasa Isnin ini (30 Mei 2011).

Kita sebagai rakyat mungkin masih boleh menerima tindakan kerajaan menghapuskan pelbagai jenis subsidi kepada rakyat sekiranya kerajaan sudah mengambil pelbagai inisiatif dan langkah yang sepatutnya diambil bagi mengelakkan daripada wang negara tidak dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya.

Tetapi yang menjadi masalah adalah kerajaan sendiri tidak berusaha untuk berbelanja dengan berhemah, membazir, dan menyalurkan kepada projek-projek yang bukan menjadi priority dan awla sehinggakan kantung kerajaan berkurangan dan kadar defisit meningkat.

Kerajaan terus-menerus cuba menguasai pemikiran rakyat terhadap subsidi yang mereka salurkan selama ini. Apa tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan untuk mengubah pemikiran rakyat agar boleh menerima tindakan kerajaan untuk menarik balik subsidi kononnya ia menjadi beban kepada kerajaan.


Tidakkah kita terfikir tentang apa yang telah kerajaan bazirkan selama ini?

Ingat lagi tak terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berkenaan kepincangan pengurusan kewangan oleh Kerajaan beberapa tahun sudah? Antara yang didedahkan Ketua Audit Negara ialah pembelian 13 barangan yang dibayar melebihi harga pasaran sebanyak RM 8.39 juta! RM 8.39 juta! Banyak tu! Antara yang dibeli ialah:

  1. Set pemutar skru berharga RM 40 pada harga 224
  2. Jek kereta berharga RM50 pada harga RM5471
  3. Set buku teknikal berharga RM417 pada harga R10700
  4. Pasu bunga berharga RM5 pada harga RM43
  5. Kamera 3.1 MP pada harga RM8254 kamera aku yang 10 MP tu pun tak sampai RM 1000

Apa cerita terhadap pendedahan Ketua Audit Negara ketika itu? Macam hangat-hangat tahi ayam je.

Mungkin ketika itu Kerajaan masih kaya, boleh menggunakan duit Negara sesuka hati mak bapak diorang je... Tetapi kini, mereka berhasrat untuk memansuhkan pemberian subsidi kepada rakyat secara beransur-ansur, bukankah itu menzahirkan bahawa Kerajaan semakin miskin? Kalau benarlah, mengapa perlu diwujudkan lagi pelbagai projek GILA dan tidak masuk akal seperti Projek Emel 1Malaysia yang bernilai RM 50 juta sedangkan kita boleh memperoleh akaun emel percuma?

Entahlah. Allah bagi akal untuk kita berfikir. Bagi mereka yang tidak mahu berfikir, mereka serupalah macam makhluk Allah yang tiada akal. Siapa ek makhluk yang tiada akal? Of courselah BINATANG.

Tahniah kepada mereka yang bangkit menyuarakan bantahan sehinggakan Kerajaan 'takut' untuk menaikkan harga petrol RON 95 buat sementara waktu.

Tinta mencoret: Petrol kekal, tarif elektrik pula naik...

Orange CC, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment