Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 December 2010

Baru Naik 5 Sen Pun Bising!



Tepat jam 12.01 tengah malam tadi, harga petrol RON95, diesel, gas LPG, dan gula dinaikkan berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. 4 harga barang ini naik tiga hari selepas kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 5 sen seliter kepada RM 1.90 dan RM 1.80 seliter. Gas LPG juga naik 5 sen kepada RM 1.90 sekilogram. Harga gula naik kepada RM 2.10 sekilogram, 20 sen lebih mahal berbanding sebelum ini.

Seperti biasa, kerajaan yang dikuasai UMNO-BN memberikan alasan menyelaraskan harga dan kenaikkan itu sebenarnya tidak membebankan. BENARKAH?

Dalam konteks menteri-menteri, kenaikan harga bahan api dan gula sememangnya tidak membebankan kerana mereka (para menteri) dikecualikan daripada segala macam pembayaran. Semua yang mereka dapat FREE. Melancong free, rumah besar (rasmi) free, tol free, petrol free. Dalam majlis rasmi, makan minum dan hadiah semua dapat free. Sudahlah semuanya free, ada elaun lagi. Gaji langsung tak berusik. Itu pasallah mereka kata kenaikan tak membebankan sebab mereka sendiri tidak merasai beban yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barang utama yang ke entah berapa berapa kali pasca pilihanraya umum ke-12.

Kita ni, sudahlah gaji seciput, dok bayar itu ini, last sekali habuk pun tak tinggal untuk keselesaan diri sendiri. Dapat je duit, semuanya mengalir ke poket kerajaan UMNO.

Kuih-muih makin kecil selepas kenaikan petrol pada 2006, mungkin selepas ini, sebiji kuih yang dijual di tepi-tepi jalan berharga 50 sen, sama macam harga di kompleks-kompleks besar sekarang.

Beringatlah! Sebab kenaikan petrol RON97 kepada RM 2.70 dahululah, undi yang diterima BN pimpinan Pak Lah merosot jatuh pada Mac 2008.

Tunggulah selepas PRU 13, pastinya kerajaan akan melaksanakan GST, Government Service Tax, yang macam kita bayar masa beli di KFC, Mc D, dan lain-lain fast food outlets. Bayangkan berapa banyak duit kita akan disonglap sekiranya GST ini dilaksanakan. Daripada sekecil-kecil barangan sehingga sebesar-besarnya, semuanya bakal dicukaikan! Yang membayar cukai ini bukan para peniaga ataupun syarikat-syarikat, tetapi yang sebenarnya adalah kita!

Kerajaan juga sering mengatakan bahawa dengan penyelarasaan harga bahan bakar ini, lebihan pendapatan yang terkumpul boleh dimanfaatkan dalam sektor lain. Itu kata dia. Tetapi adakah tahap kehidupan rakyat Malaysia makin elok dengan kenaikan petrol secara 'konsisten' oleh pihak kerajaan? Fikirlah sendiri.

Adakah ini bersesuaian dengan konsep gagasan 1Malaysia yang (kononnya) mendahulukan rakyat? Tebih tepat jika dikatakan rakyat didahulukan untuk merasakan seksa lambungan harga barangan.

Bagaimana pula dengan ketirisan yang berlaku dalam Sime Darby? [klik] Bagaimana pula boleh diluluskan gaji sebanyak hampir setengah juta ringgit sebulan kepada pengerusi SYABAS? [klik 1] [klik 2] [klik 3]  Laporan audit yang mengatakan pembelian barangan tidak munasabah dengan harga pasaran. Itu semua sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan UMNO-BN [klik] sebelum cuba untuk melempar api ke dalam petrol.

Tinta Mencoret: Semakin ramai rakyat yang bangang, semakin ramailah pemimpin yang 'kenyang'. Fikirlah siapa yang akan anda pilih dalam PRU 13 nanti.

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments: