Najib atau Anwar? |
MCA, parti komponen kanan dalam Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengikuti jejak langkah UMNO, sebelum DAP dan Gerakan mengambil langkah yang serupa.
UMNO pernah menangguhkan pemilihannya sebelum ini semata-mata mahu memberi ruang kepada pilihanraya. Jadi, jangkaan pilihanraya bakal diadakan serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak mungkin ada benarnya. Apa-apa pun, kita sama-samalah menantikan kebenarannya.
Bila tarikh pilihanraya umum yang seterusnya, hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Adakah Perdana Menteri mahu ia diadakan lebih awal sebelum mandat yang diberikan kepada parti beliau tamat pada 2013 ataupun mahu terus menumpukan sepenuh perhatian kepada percaturan perjalanan masa depan negara, kita berserah sahajalah kepada Yang Maha Esa untuk menetapkan apa yang terbaik buat kita.
Apa yang paling penting, kita sendiri. Adakah kita meletakkan diri kita pada kedudukan yang sepatutnya?
Perlembagaan Persekutuan meletakkan bahawa setiap rakyat Malaysia yang mencapai 21 tahun layak mengundi mana-mana calon pilihanraya untuk mewakili lokaliti mereka seterusnya membentuk kerajaan sama ada Persekutuan mahupun Negeri berdasarkan demokrasi berparlimen (betul ke ayat ni?).
Umur 21 tahun melayakkan seseorang untuk menentukan hala tuju negara melalui pemilihan wakil-wakil mereka ke sidang parlimen. Ini adalah satu bentuk tanggungjawab kita terhadap negara kita, tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bakal menentukan hala tuju negara.
Sebelum ini, saya pernah menulis artikel mengenai statistik rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belum mendaftarkan nama untuk mengundi. [klik] Daripada jutaan orang yang belum mendaftar itu, ia dijangka meningkat kerana hampir setengah juta belia remaja yang memasuki umur 21 tahun. Daripada statistik itu juga, 65 peratus daripada jumlah mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah golongan Bumiputra.
Kita sebuk berdemo ke hulu ke hilir memperjuangkan apa yang kita rasa sebagai hak kita yang diragut, sanggup berpedih mata berhadapan dengan bedilan pemedih mata daripada pihak pemerintah, mengheret sang penguasa yang zalim ke mahkamah atau mana-mana badan pengadilan, berkempen siang malam membongkar salah laku pemimpin, hu ha sana hu ha sini, tetapi satu undi (dua lah; DUN dengan Parlimen) yang kita nampak dan kita anggap terlalu kecil dan terlalu remeh itu sebenarnya mampu mengubah lanskap polisi dan halatuju negara. Ia terlalu besar nilainya!
Sesi penerangan perlu sentiasa diadakan, tindakan untuk menyedarkan pemerintah pun perlu sentiasa dilaksanakan. Tetapi jangan dilupa, undi itu adalah SATU KEWAJIPAN kita sebagai seorang warganegara Malaysia kerana dasar negara kita ditentukan secara demokrasi berparlimen.
Wahai anak muda! Selagi anda belum mendaftar sebagai pengundi, janganlah menyalak apa-apapun mengenai politik dan polisi negara. Anda sebenarnya tiada hak untuk menyatakan yang demikian kerana nyalakkan itu tidak langsung akan dipedulikan oleh wakil yang dipilih tetangga!
Tinta mencoret: Bising kata kerajaan zalim, tapi tak nak daftar pilihanraya. Hampeh punya orang!
Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota, Bangi SDE
No comments:
Post a Comment