Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 December 2010

Pasca PMR


7 kisah pasca pengumuman keputusan PMR 2010.

KES 1

"Hah, berapa kau dapat?"

"Ala... 1A je bang. Lain-lain 3 B, 3 C, 1 D."

"Bagus! Kau ni bukan jenis mainstream."

KES 2

‎"Dapat 8A kau ya. Aku ingat dah tak boleh pergi. Habis lepas ni pergi sekolah mana?"

"Hehehe... Saya memang cita-cita nak masuk MRSM Taiping, okey ke bang sekolah tu?"

"Kah kah kah... Jiwa soft la kau ni."

KES 3

"Hah, kau pulak dapat berapa A?"

"Alhamdulillah bang... Berkat saya pergi tuisyen pagi sampai tengah malam dapat juga saya 8A."

"Kau ni nerd rupanya... Takde life... Fail!"

KES 4

‎"Kau duduk kelas hujung macam mana boleh dapat 8A?"

"Alaa... Rezeki tiru kawan sebelah bang..."

"Celaka! Tak kantoi dengan pengawas peperiksaan ker?"

"Pengawas tu lagi sibuk jaga Facebook bang..."

KES 5

"Ni apa pasal tersengih-sengih?"

"Result saya paling rare sekali bang..."

"Apa yang rare sangat kau punya result ni?"

"8E bang... 8E!!!

KES 6

"Kau punya PMR apa macam, berapa A?"

"A tarak bang... Semua B, C dengan D."

"Pergh! Teruknya kau ni."

"Tak kisahla teruk ke tak teruk, yang paling penting dekat sekolah tu saya paling cun, bang!"

KES 7

"Yang kau ni dapat berapa A pulak?"

"Apa yang A nye bang?"

"Aduh... PMR la... PMR!!! Slow la kau ni."

"Saya baru tingkatan 1 la bang."

"Yeke? Eh, malunye..."

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment