Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 December 2010

Mak Milah Di Pasar


Pasar malam: pusat pertemuan rakyat
daripada berbilang bangsa dan kedudukan. (Gambar hiasan)
Menjadi routine Mak Milah untuk ke pasar malam di Taman Melawati setiap hari Selasa.  Mak Milah yang berusia 60 tahun ke pasar malam untuk mencari barangan dapur untuk di masak. Setelah Mak Milah membeli sayur-sayuran, daging, dan ayam, Mak Milah ke gerai yang menjual telur-telur pelbagai gred milik Pak Daud. Setibanya Mak Milah di gerai telur, Pak Daud selaku empunya gerai tersebut tidak kelihatan seperti kebiasaannya. Yang ada hanyalah seorang gadis ayu tersipu-sipu malu. Berlakulah perbualan antara Mak Milah yang mahu beli telur dengan gadis ayu tersebut.

Aneka juadah makanan terdapat di pasar malam. (Gambar hiasan)
Mak Milah: Dik, telur sekilo berapa?

Gadis: Mak cik nak telur ayam, telur itik, atau telur puyuh?

Mak Milah: Telur ayam.

Gadis: Telur ayam biasa atau telur ayam kampung?

Mak Milah: Telur ayam biasa.

Gadis: Mak cik nak gred apa?

Mak Milah: Gred A ada?

Gadis: Mak cik nak yang import atau yang tempatan?

Mak Milah: Yang tempatan (dalam hati: banyak songeh betullah budak nih!)

Gadis: Mak cik nak telur dari Ipoh, Kuala Selangor atau dari Kuala Pilah?

Mak Milah: Adik ni jual telur atau nak mak cik sumbat telur dalam mulut adik?! (dengan nada geram)

Gadis: Maaf ya mak cik. Saya sebenarnya jual mee rebus kat gerai sebelah. Pak Cik Daud dia baru je pergi tandas kat depan sana. Dia minta saya berbual-bual dengan pembeli sampai dia datang. (dengan gaya selambe)

Mak Milah: (lepas geram) Celaka punya budak! Harap muka je cun, perangai macam **** (ditapis oleh Lembaga Penapisan)

Lima saat kemudian, Pak Daud pun sampai...

*  *  *  *  *

Patutkah gadis tersebut memperlakukan Mak Milah sebegitu rupa?

Idea dicedok dari Skoceh.blogspot.com [klik]

Tinta mencoret: Kalaulah pembeli tersebut bukan Mak Milah, mungkin terdapat cap tapak tangan pembeli di muka gadis yang ayu itu sejurus selepas perbualan yang menyakitkan hati itu. 

SRA Desa Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment