Keluarga bahagia (gambar hiasan) |
Suatu hari, Mizan membawa pulang robot tersebut ke rumah dan meletakkannya di ruang tamu sambil menunggu anaknya, Akram pulang.
Sejurus selepas itu, Akram pulang.
Mizan: Kamu dari mana?
Akram: Dari kelas tambahan ayah
*PAANG* Robot tersebut menampar anaknya.
Mizan: Akram, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat?!
Akram: Maaf ayah, saya baru habis menonton movie di rumah kawan.
Mizan: Cerita apa?
Akram: Cerita Adnan Sempit ayah.
*PAANG* Robot tersebut menampar anaknya sekali lagi.
Mizan: Katakan dengan jujur cerita apa?!
Akram: Maaf ayah, saya tengok cerita lucah
Mendengarkan itu marahlah Mizan.
Mizan: Kamu ni, kecil-kecil dah nakal! Kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu ni. Masa ayah kecil dulu, ayah tak pernah pun buat macam ni.
PAANG! Mizan ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika. Isteri Mizan iaitu Tipah kemudiannya masuk ke ruang tamu dan langsung berkata.
Tipah: Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…
PAANG! Robot menampar isteri Mizan sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya… dan semua terdiam…
* * * * *
Mendidik anak seharusnya hendaklah bermula daripada diri sendiri. Sedikit sebanyak si anak pasti mengikuti jejak langkah orang tuanya.
Credit to Farhan Aminuddin [klik].
Tinta mencoret: Jadi, Akram anak siapa? Luar nikah ker?
SRA Desa Putra, Bangi SDE
No comments:
Post a Comment