Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

03 December 2010

Ditampar Bapa Kandung Kerana Ingin Bertudung


Wanita bertudung kelihatan ayu. (gambar hiasan)
Cerita ini diceritakan oleh salah seorang daripada students saya. Gara-gara dia ingin memakai tudung, dia ditampar oleh bapanya sendiri.

Hamba Allah ini merupakan seorang anak yatim, ibunya telah pergi menghadap Ilahi beberapa tahun sudah. Dia kini tinggal bersama-sama bapanya, seorang abang dan tiga orang adik. Bapanya seorang CEO di sebuah konglomat di ibu kota, seringkali pulang ke rumah lewat. Maklumlah, businessman.

Beberapa hari sudah, seusai mandi, dia membelek-belek badannya di hadapan sebuah cermin besar di dalam biliknya. Entah macam mana, satu perasaan masuk ke dalam hatinya. Dia berasakan betapa ayu dirinya sekiranya dia bertudung. Selama ini, dia hanya free hair jika keluar ke mana-mana.

Bapanya melarang keras anak-anaknya bertudung. Pernah sebelum itu dia tidak diberi makanan seharian gara-gara menggunakan tuala mandinya sebagai tudung di rumah. Itu baru bertudung di rumah! Tentu lagi teruk dia akan hadapi sekiranya dia bertudung di luar rumah.

Walau bagaimanapun, dia nekad untuk bertudung. Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri sekiranya ditentang hebat oleh bapanya. Kesemua adik-beradiknya sependapat dengan bapanya. Dia merasakan keputusan ini adalah yang terbaik. Biarlah dia menjadi pemangkin kepada perubahan ke arah kebaikan, pencetus kepada free hair style kepada pemakaian tudung yang sempurna.

Dia terus memakai tudung, bersiap untuk keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawannya yang kesemuanya bertudung.

Sebelum dia sempat membuka pintu rumahnya, dia terdengar deruman enjin kereta Mercedes Benz 7 Series milik bapanya. Berderau hatinya kerana risaukan keselamatan dirinya jika diapa-apakan bapanya. Jarang bapanya pulang pada waktu tengah hari kerana selalunya bapanya hanya tiba di rumah selepas jam 8 malam.

Dia merasakan bahawa inilah cara terbaik untuk menyatakan pendiriannya untuk bertudung. Walaupun hanya berusia 12 tahun, dia nekad dan tetap dengan pendiriannya. Now or never!

Dia membuka daunan pintu, dan terus memegang tangan bapanya untuk bersalam dan mengucup tangannya. Sesudah itu, dia terus menyatakan pendiriannya untuk memakai tudung.

Satu hayunan penampar dilayangkan bapanya tepat ke pipi kirinya yang putih. Dia tersepok di kaki tiang rumah.

"Sampai hati daddy! Angah tau la daddy mesti malu dengan kawan-kawan daddy. Tapi salah ke kalah angah nak tutup aurat? Salah ke? Kalau Along dengan adik-adik tak nak..."

Hayunan penampar kedua hinggap ke pipi kirinya sebelum dia habis bercakap.

Bapanya juga tetap dengan pendiriannya, melarang semua anak-anaknya bertudung. Dengan nada yang tinggi, bapanya memarahinya "Don't try to make fool! Don't ever try to overthrow my good reputation with your strange behaviour!" Gertak bapanya. "Dah berjuta kali daddy bagitau, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Faham ke tidak?! Lain kali, ponteng lagi sekolah agama. Elok-elok daddy and arwah mummy letak nama 'Farhan', angah ubah jadi 'Anne'! All your friends call you 'Anne'. Along dengan adik-adik tak bertudung sebab diorang tu lelaki. Sama macam angah juga!

"Kalau angah nak sangat pakai tudung, nanti daddy panggil doctor or mana-mana tok mudim, suruh dia 'potong' habis angah punya, biar jadi perempuan, nak?" bapanya mengungkapkan kata-kata yang terakhir sebelum meninggalkannya menangis keseorangan di hadapan pintu rumah.

Credit to Farhan [klik] because trying to wear tudung. Hehehe...

Tinta mencoret: Lain kali jangan cuba-cuba nak ponteng mana-mana kelas agama, baik yang budak-budak remaja, dan tidak terlepas juga yang dewasa. Rajin-rajin hadiri kuliah agama di surau-surau dan masjid-masjid untuk menambahkan ilmu agama kita yang masih cetek.

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment