Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

29 November 2010

Penggunaan Matahari Bakal Dicaj


Berita
WANITA DAKWA DAFTAR NAMANYA SEBAGAI PEMILIK MATAHARI

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi
 Kosmo! Online [klik]

Susah kalau hidup berpaksikan kepada sistem kapitalis. Setiap benda pastinya akan difikirkan untuk dijadikan sebagai satu bentuk perniagaan walaupun ia adalah satu yang mustahil untuk dijadikan perniagaan! Misalnya, matahari. Adakah mampu seseorang itu menyimpan matahari daripada digunakan oleh orang ramai sekiranya mereka enggan membayar caj-caj yang ditetapkan? Adakah dengan memancarnya cahaya matahari itu memerlukan kos yang perlu ditanggung?

Begitulah jadinya sekiranya kita hidup tidak berpaksikan kepada ketauhidan kepada Allah, Rabbul Jalil.

Tinta mencoret: Lepas ni, makin pokailah rakyat Malaysia sebab kena bayar caj untuk penggunaan matahari...

SRA Desa Putra, Bangi SDE

Link tambahan [klik]

2 comments: