Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 May 2011

Bin Laden


Today, at my direction, the United States launched a targeted operation against that compound, in Abbottabad, Pakistan. A small team of Americans carried out the operation with extraordinary courage and capability. No Americans were harmed. They took care to avoid civilian casualties. After a firefight, they killed Osama bin Laden and took custody of his body.
Rumah Putih, Washington DC, Amerika Syarikat

Sebelum jari menaip dengan lebih jauh, ingin saya mengucapkan syabas buat Arsenal kerana berjaya menundukkan Manchester United 1-0 dalam pertemuan malam semalam.

Pagi tadi, sedang saya melayan Simcity 4 sambil menjamah nasi goreng yang digoreng bonda tercinta di meja makan, kakak saya meluru ke arah dapur sambil membawa satu berita gempak. "Abah, Osama dah mati." Abah yang sedang menjemur kain di belakang rumah, mak yang sedang menggoreng telur, dan saya yang melayan game sambil bersarapan, semuanya terkejut beruk mendengar khabar.

"Obama baru je buat statement yang Osama dah mati," sambung kakak. Ruang dapur yang pada asalnya berbincang mengenai hal ehwal keluarga kemudiannya bertukar menjadi perbincangan hangat tentang Osama. "Osama buat statement?" abah bertanya. "Obama buat statement yang Osama dah mati," kakak membetulkan kenyataan.

Maklumlah, nama Osama dan Obama lebih kurang bunyinya, hanya huruf S dan B sahaja yang membezakannya. Tersasul antara keduanya.

Ada apa dengan Obama bin Laden?

* * * KEMATIAN OSAMA * * *

Muka Osama 'kelihatan' suci bercahaya.
Saya tidak mengetahui latar belakang Osama bin Laden secara terperinci, apatah lagi tujuannya 'berjihad' dengan gerakan al-Qaeda memerangi kumpulan yang tidak sealiran dengannya.

Juga saya tidak dapat menyatakan bahawa tindakannya itu benar dan dikira syahid di sisi agama ataupun tidak. Apa yang pasti, tentunya hasrat beliau mahu menegakkan pelaksanaan syariah secara menyeluruh, mendirikan kembali pemerintahan khilafah yang telah pupus hampir seabad, serta memadamkan semua ideologi yang pada hemat beliau bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekiranya tindakan beliau mendapat keredhaan Allah serta matinya dikira sebagai mati syahid di sisi-Nya, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merealisasikan hasrat beliau yang mahu mendirikan semula pemerintahan berasaskan Islam, Ameen.


Osama bin Laden yang menjadi individu paling dikehendaki Amerika Syarikat berjaya ditembak mati di kediamannya di Abbottabad, 50 km di utara ibu negara Pakistan, Islamabad. Serangan yang dibuat secara rahsia oleh tentera marin Amerika Syarikat seramai 25 orang berjaya membunuh pemimpin nombor satu pergerakan al-Qaeda itu.

Ramai yang menyangka Osama bersembunyi di dalam gua sekitar sempadan
Afghanistan-Pakistan tetapi sebaliknya beliau hanya bersembunyi di rumah agam miliknya.
Kebanyakkan kerajaan di dunia meraikan kejayaan pentadbiran Obama membunuh Osama bin Laden dengan respon dan kenyataan kononnya kematian Osama dapat mengembalikan keamanan dan keharmonian sejagat. Pada saya, keamanan dan keharmonian sejagat tidak akan tercapai sehinggakan kita selaku umat Islam tidak melaksanakan Islam secara total. Keamanan hanya boleh dikecapi melalui Islam kerana Islam sendiri mengajar umatnya agar hidup dengan harmoni walaupun dalam masyarakat yang majmuk.

Sesungguhnya, kematian Osama hanya akan meningkatkan kecaman dan ancaman daripada pihak yang extremist dan radical khususnya daripada al-Qaeda selaku gerakan yang dipimpin Osama sendiri atas sebab menuntut bela atas kematian wira agung (holy warrior) mereka.

Kita mungkin melihat Osama bin Laden melakukan dosa besar dengan membunuh ramai orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak yang 'tidak berdosa' sedangkan kita sendiri tidak melihat dari kaca mata beliau sendiri. Saya tidak mengatakan bahawa ada keharusan membunuh orang awam dalam mencapai matlamat menghapuskan cengkaman kuasa besar Amerika Syarikat, tetapi amatlah tidak adil untuk kita menilai menurut sudut pandang kita yang diketahui begitu berbeza keadaannya dengan kedudukan Osama di sana.

Adakah Osama itu benar ataupun tidak, wallahu a'lam. Semoleknya kita doakan yang terbaik baginya sekiranya tindakan beliau itu benar di sisi Tuhan.

Osama bin Laden
1957-2011
Tinta mencoret: Barack Obsama bin Laden.

Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra, Bangi SDE

1 comment: