Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 April 2011

Merata-rata Solat


Bergambar ketika rehearsal peserta berkumpulan sekolah pada 29 April 2011.
"Kamu baca Quran dengan Ustazah Asmah dah sampai mana?"

Masing-masing diam sambil menyelak al-Quran masing-masing mencari ayat terakhir yang dibaca.

"Surah apa?" saya mengulangi pertanyaan tetapi dengan soalan yang bersifat lebih khusus. "Surah ash-Shod." "Mana ada surah ash-Shod," saya menyalahkan mereka. "Cuba baca betul-betul, surah apa tu?" "Surah Shod," mereka membetulkan kesilapan kecil mereka.

"Ayat berapa?" "Ayat 22," mereka menjawab. "Baiklah, hari ini kita akan menyambung bacaan al-Quran yang kamu semua baca dengan Ustazah Asmah," saya memuqaddimahkan pembelajaran pada waktu itu.

Sebelum saya meneruskan tilawah al-Quran bersama-sama murid 4 Ibnu Sina, saya membelek-belek terlebih dahulu ayat yang bakal mereka baca. Selang beberapa ayat, saya terjumpa ayat yang mengandungi kalimah yang mana disunatkan agar bersujud tilawah atau sujud sajadah. Oleh yang demikian, saya mengarahkan mereka menyalin bacaan tasbih ketika sujud tilawah dan menghafalnya.

Setelah mereka menyalin ayat tasbih tersebut, saya memulakan pengajaran kelas tilawah pada masa itu.

Ketika tiba pada ayat 24 yang mana menempatkan ayat yang disunatkan untuk bersujud itu, PnP terganggu dengan announcement yang kurang jelas daripada pejabat tentang program rehearsal pada petang itu.

PnP diteruskan sehingga ke ayat 25.

Sebelum murid-murid dibenarkan untuk turun ke dewan, saya menerangkan serba sedikit mengenai sujud tilawah sebagaimana saya janjikan pada awal kelas.

"Kalau kita jumpa simbol masjid yang tak ada menara ni (merujuk kepada simbol yang lebih kurang macam bentuk ini: ۩), kita disunatkan untuk sujud tilawah. Kalau kita dok (duduk) dalam kereta, adik sebelah baca ayat yang ada sajadah, jadi kita disunatkan untuk... sujud."

"Sujud dalam kereta ke, ustaz?" tanya Azhari. "Suruhlah ayah berhenti sekejap, nak sujud tepi jalan," saya cuba untuk mewujudkan satu persoalan kepada mereka.

"Sujud tepi jalan? Boleh ke, ustaz?" ada yang bertanya, suaranya macam daripada murid perempuan. "Eh, tak boleh ke sujud tepi jalan?" saya cuba membuka minda mereka. Mereka kelihatan kebingungan.

"Tak sujud pun tak apa, sunat je...

"Kita rasa pelik sebab kita tak biasa buat. Kita rasa pelik sebab itu bukan budaya kita. Kalau kita ke Perlis, Kelantan, atau Terengganu, kita mungkin terserempak dengan orang yang solat di tepi jalan. Peniaga-peniaga yang berniaga kat sana, kalau dengar je azan, terus je solat."

"Diorang tak ambil wudhuk ke?" ada yang bertanya. "Diorang dah ambil siap-siap kot," saya jawab mudah agar tak meleret ke dalam bab wudhuk.

"Ustaz, abes tu kalau peniaga tu berniaga tepi masjid, dia solat kat tepi masjid juga ke?" "Kalau berniaga luar masjid, apalah salahnya masuk masjid (untuk) solat. Ape la..." Masing-masing ketawa kecil, tidak pasti ketawakan soalan ataupun jawapan.

* * * SOLAT * * *

Solat bukan hanya di surau-masjid sahaja. (Gambar hiasan)
"Sebab bukan budaya kita, kita nampak pelik solat merata-rata. Tapi kalau kita ke luar negara, tengah padang pasir mereka solat, tengah hutan mereka solat. Kalau kita melalui tengah padang pasir atau tengah hutan, mana kita nak cari masjid atau surau? Sedangkan solat itu wajib kita laksanakan. Nak tak nak, kita kenalah solat tengah padang pasir atau tengah hutan," saya menambah.

"Kita boleh solat di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih daripada sebarang najis.

"Ni tak, kaki seluar kena minyak basikal je, dah tak mahu solat. Minyak basikal tu najis ke?" Mereka menjawab, "Tak."

Solat tu wajib, di mana sahaja kita berada, solat tetap wajib didirikan. Tiada alasan untuk diqadhakan. Jika kita keluar berjalan-jalan ke mana-mana dan seluar kita kotor disebabkan najis, kita wajib ikhtiar untuk memastikan kita dapat menunaikannya. Kalau tiada seluar spare, pinjamlah seluar kawan ataupun beli seluar baru. Oleh sebab itu, setiap perancangan yang kita rencanakan, kita wajib menyediakan ruang dan segala yang diperlukan agar kita dapat melaksanakan solat dengan sempurna.

Setakat kotor (selain daripada najis), dibolehkan untuk terus melaksanakan solat. Bagi wanita, sekiranya aurat ditutup dengan sempurna, tiada masalah untuk mendirikan solat dengan pakaiannya. Yang menjadikan wanita memerlukan telekung untuk melaksanakan solat adalah kerana mereka sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna sedangkan menutup aurat itu compulsory and obligatory, la budda (mesti) setiap Muslim WAJIB menutup aurat.

Kem Smart Solat di SRA Bandar Seri Putra baru-baru ini.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Katakanlah: "Sesungguhnya solat dan ibadatku, serta hidup matiku, kerana Allah, Tuhan sekalian alam."
Tinta mencoret: Solat itu mudah, kita sendiri yang menyusahkan solat yang sedia mudah itu.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP


Bacaan tambahan:
  1. Oh! Islam
  2. Syu'aa'ulbashirah

No comments:

Post a Comment