Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 May 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Ustaz Syahmi dan kumpulannya ketika rombongan ke Kelantan. (2010)
Dalam gambar: Arif (kiri), Syabab (dua dari kiri), dan Nasrul (kanan).
Tiada dalam gambar: Farhan (jurufoto).
Hari ini (Isnin, 16 Mei 2011), saya naik ke kelas 4 Ibnu Rusyd dengan membawa kertas soalan Bahasa Arab, mata pelajaran terakhir Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) di SRA Bandar Seri Putra.

Tiba sahaja di aras tiga, aras yang paling atas, ada la beberapa murid datang sambil wish "Selamat Hari Guru" dan menghulurkan hadiah. Terkezut dibuatnya...

"Ha? Apa ni?"
"Hadiah ustad. Hari ni kan Hari Guru..."
"Hari apa?"
"Hari Guru."
"Hari ni Isnin la... Tak reti tengok kalendar ker...?"
"Ala ustad ni. Hari ni Hari Guru." (sambil mengekori Ustaz Syahmi ke hulu ke hilir dengan hadiah masing-masing.)
"Hari ni HARI PEPERIKSAAN... Dah, pergi BACA BUKU!"
"Ustad, ni ada hadiah..."
"Hadiah? Untuk apa?" (Buat-buat tanya macam tak tau hari ni Hari Guru)
"La, hari ni kan Hari Guru. Ni hadiah untuk ustad!"
(Sambil buat-buat bercakap dengan J10i kesayangan) "Hello, ha? Hari ni hari Isnin. HARI ISNIN!"
"Hello, hari ni hari Isnin. Ha'ah, HARI ISNIN Tak dengar? HARI ISNIN."

Yang memerhati kedengaran suara ketawa. Tak pasti pula ketawa melihat perihal ustaz mereka atau gelagat rakan mereka yang mengejar ustaznya. Saya pula buat-buat tak faham. Yang saya fikir bukan hadiah, cumanya nakkan mereka tumpu kepada peperiksaan Bahasa Arab, paper terakhir bagi PPT 2011 ni.

Demi tidak mahu menghampakan mereka, saya tetap menerima hadiah-hadiah yang mereka beri. Cuma satu ungkapan yang saya beri...
"Terima kasih, tapi hadiah ni tak boleh menambahkan markah Tajwid tau..."

* * * UCAPAN * * *

Bertalu-talu mesej ucapan saya terima, especially melalui Muka Buku. J10i pula sehingga 10 malam saya off. Walaupun dioff, ramai juga yang menghantar SMS dengan ucapan-ucapan. Saya tidak mampu membalas semuanya. Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih dengan ucapan yang dikirimkan.

Semua orang wish, saya pun nak juga...

Warga pendidik SAM Sungai Merab Luar 2002.
Pada kesempatan yang ada, saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru saya di Tadika Permata (1993-1994), SK dan SRA Taman Permata (Disember 1994-2000), SAM Sungai Merab Luar (2001-2004), SBPI Temerloh (2004), SAM Bestari JAIS (2004), SAM Bandar Baru Salak Tinggi (2005), SAM(T) Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis (2006), Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat FPPI KUIS (2006-2008), Jabatan al-Quran dan as-Sunnah AI KUIS (2008-2009) dan lain-lain tempai yang tidak saya nyatakan. Sesungguhnya jasamu semua tidak akan dilupakan walaupun sebahagian besar nama-nama guru telah terlupa, hehehe...

Ustaz Ramly, Ustaz Razali, Sir Din, Cikgu Shima, Cikgu Najiah, Ustazah Aisyah, Cikgu Latif, Ustaz Suffian, Cikgu Mahadi, Cikgu Nora, Cikgu Norazah, Ustaz Imran Kamal Basha, Dr Abdul Rahman, Cikgu Haslan, Ustazah Huda, Ustaz Wan Azarimie, Cikgu Karim, Cikgu Ismadi, Cikgu Norliza, Cikgu Noraini, Cikgu Johari, Teacher Santa Kumari, Cikgu Kamariah, Cikgu Fatimah, Cikgu Zamri, Teacher Khairul Bariah, Ustazah Jamriah, Ustaz Ismail, Ustaz Yusmi, Cikgu Laila, Ustazah 'Atikah, Teacher Sharifah Suhaila, Cikgu Mariam, Cikgu Norazlin, Cikgu Azizah, Teacher Haliza, Cikgu Saadiah, Ustazah Rogayah, Teacher Roziana, dan semua guru-guru yang pernah mengajarku, semoga kalian dirahmati dan diberkati Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa hendaknya.
Banyaknya nama...

Juga tidak dilupakan buat sahabat-sahabat yang bergelar guru:
Ustaz Qamarul, Ustaz Fadhli, Ustaz Hanif, Ustazah Abidah, Ustaz Hafez, Ustaz Hafeez, Ustaz Bustanul, Ustazah Sharifah, Ustazah Zuraidah, Ustazah Nadiah Hani, Ustazah Wahida, Ustaz Zulraime, Ustaz Fauzul Kabir, Ustaz Khairul Amri, Ustazah Rofidah, Ustaz Misnan, Ustazah Najihah, Ustazah Yasmin, Ustazah Asmah, Ustaz Izzudin, Ustaz Syafiq, Ustazah Yanti, Ustazah Nora, Ustazah Alia, Ustazah Mahani, Ustaz Wan Is, Ustaz Iqbal, Ustaz Hadi, Ustaz Rijal, Ustazah Fazidatunnaim, Ustaz Basyir, dan semua yang mana saya terlupa atau tak tahu, SELAMAT HARI GURU saya ucapkan.

Laksanakan amanah yang diberikan ini dengan penuh dedikasi.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Tinta mencoret: Apa kena mengena tema Hari Guru 2011 dengan entry yang bertitlekan tema?

SRA Bandar Seri Putra Bangi SDE

1 comment: