Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

15 May 2011

1Family 2Schools 1Teacher


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh negara.

Bergambar dengan seorang guru praktikal
pada hari terakhir beliau berpraktikal di SKTP. (1997)
Sempena Hari Guru, saya nak share satu kisah mengenai seorang guru yang mengajar dua beradik di dua buah sekolah yang berlainan dalam selang sepuluh tahun tanpa diketahui oleh guru tersebut yang dua orang muridnya adalah adik beradik.

Februari lepas, saya ke SAM Bandar Baru Salak Tinggi, beberapa hari sebelum kem kepimpinan sekolah. Sedang saya menunggu Sir Din di ruang menunggu di pejabat sekolah, Cikgu Shima atau Cikgu NAB (seperti yang selalu cikgu tulis di setiap buku tulis yang cikgu tanda) masuk ke pejabat.

"Assalamu 'alaykum, Syahmi. Apa yang kamu buat di sini?" sapa cikgu. Terkejut, sebab tika itu, saya sedang membelek senaskhah buku yang terdapat di rak buku.

Sementara menunggu Sir Din sampai ke pejabat, saya mengambil ruang masa yang ada berbual dengan Cikgu Shima yang pernah mengajar Math dan Additional Mathematics semasa saya bersekolah menengah dahulu.

Borak punya borak, tiba-tiba kami termasuk dalam satu topik 'hangit'. Saya tak pasti siapa yang mula-mula buka topik ni, Seingat saya, sayalah yang bertanya dahulu...

Apa topiknya?
Kenal Cikgu Shima ke? Tu cikgu kelas Kak Long masa form 5 dulu. Dia kata kau famous kat sekolah.
Begitulah ayat (yang telah diformalkan) yang kakak sulung hantar menerusi e-mail
beberapa minggu sebelum itu. Jadi saya tanya Cikgu Shima "Cikgu, cikgu kenal ke kakak saya?"

Jadi terbuka la rahsia yang mana selama ini kami bertiga tidak mengetahui...

Sebelum berpindah ke SAM Sungai Merab Luar, Cikgu Shima mengajar di SMK Lembah Keramat  selama beberapa tahun. Kebetulan, SMK Lembah Keramat adalah sekolah kak long. Itu sebab Cikgu Shima pernah mengajar kak long.

Besar jasanya. Dua orang beradik yang bersekolah di berlainan tempat diajar oleh seorang guru. Walaupun saya tidak sepandai kakak dan selalu buat masalah dan tidur di dalam kelas termasuk kelas Cikgu Shima, namun setiap jasa dan pengorbanan Cikgu Shima tidak akan dilupakan.

Cikgu Norhashimah ketika Kem Induksi Saf Kepimpinan baru-baru ini.
SELAMAT HARI GURU buat Cikgu Shima dan semua guru-guru yang pernah mengajar saya sejak saya bernyawa sehinggalah ke saat ini.





Tinta mencoret: Tersenyum bila tengok murid tidur dalam kelas...

SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment