Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

07 May 2011

Bin Laden Part 2: Amerika dan Pengebumian Osama


Dunia lebih aman dengan kematian Osama bin Laden? Benarkan?

Sekiranya dunia lebih aman, mengapa Amerika Syarikat mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan seperti bangunan kerajaan, pusat tumpuan orang ramai, dan pengangkutan awam seperti lapangan terbang dan pengangkutan rel?

Sekiranya dunia lebih aman, mengapa perlu Amerika Syarikat khususnya Presiden Barack Obama takut untuk menyiarkan gambar Osama yang dikatakan ditembak mati oleh tentera marin Amerika Syarikat?

Sekiranya dunia lebih aman, mengapa Amerika Syarikat tanpa berperikemanusiaan membunuh Osama yang mereka sendiri kata tidak bersenjata ketika serangan dibuat?

Semuanya kerana Amerika Syarikat takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Sudahlah mereka membunuh Osama yang mereka sendiri kata Osama tidak bersenjata ketika diserang, dicampak jenazahnya ke dalam laut. Di mana penghormatan mereka (Amerika Syarikat) terhadap keperluan masyarakat Muslim seluruh dunia untuk menguruskan jenazahnya? Tiada mana-mana mazhab dalam Islam yang membenarkan jenazah dikebumikan di laut. Bagaimana seorang Muslim yang mati di rumahnya boleh disemadikan di dasar laut?

Syeikh Ahmed al-Tayed, Syeikhul Azhar
Syeikh al-Azhar turut menyelar dan membantah!

Tatkala umat Islam seluruh dunia mengecam tindakan Amerika Syarikat yang mencampakkan jenazah Osama bin Laden ke dalam laut, masih ada lagi pemimpin-pemimpin negara Islam yang bangang menyokong tindakan Obama yang terang-terang menghina dan menginjak hukum pengurusan jenazah yang terdapat dalam syariah.

Kita pun satu hal bangang sama seperti Amerika Syarikat. Mengapa perlu kita mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang terang lagi bersuluh memerangi umat Islam seluruh dunia? Adakah kita salah satu daripada barua dan anjing mereka?

Tahniah kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu Muslim yang menyelar kenyatan Perdana Menteri yang bagai dilihat membodek Amerika Syarikat.

Selagi pemimpin-pemimpin dunia Islam tunduk dengan Amerika Syarikat, selagi itulah dunia Islam akan terus-menerus dilayak Barat.

Tahniah buat Tun Dr Mahathir yang lantang bersuara menentang Amerika Syarikat kerana kezalimannya.

Tinta mencoret: Sudah-sudahlah daripada jadi barua Amerika Syarikat.

SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE
Bacaan lanjut, sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment