Bersama bonda. |
Why Lord hath decreed
That ye worship hone but Him,
And that ye be kind
To parents. Whether one
Or both of them attain
Old age in thy life,
Say not to them a word
Of contempt, nor repel them,
But address them
In terms of honour.
Di Malaysia, Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2011.
Berderetan status dan komen serta ucapan ditaip oleh empunya Muka Buku dan penternak burung yang diajukan khas buat ibu masing-masing kononnya menghargai setiap jasa dan pengorbanan mereka selama ini.
Sigh ~ ~ ~
* * * DUSTA & NISTA * * *
Benarkah kamu semua menghargai jasa dan pengorbanan ibu kamu? ATAU ia sekadar bermusim?
"Saya saya mak saya..."
"Selamat Hari Ibu buat bondaku yang tercinta, Puan ********"
"Engkaulah inspirasi kami semua..."
Bla... bla... bla...
Terus-terang sahajalah, kamu semua hanya mahu menyedapkan hati ibu masing-masing, walhal realitinya, kamu tak pernah menunjukkan kasih sayangmu itu kepada wanita yang bergelar ibumu. Hanya kata-kata nista!
Pernah dengarkah kamu semua sebuah hadith yang dinukilkan oleh Junjungan Besar kita sallallahu 'ala Muhammad? Apa yang baginda sabdakan?
قال رسول الله لرجل حين يسأله: "من أحق الناس بحسن صحابتي؟" قال: أمك. قال: ثم من؟ قال: أمك. قال: ثم من؟ قال: أمك. قال: ثم من؟ قال: أبوك. أو كما قال
Rasulullah bersabda kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda satu soalan: "Siapakah manusia yang paling layak untuk aku berbakti?" Rasulullah bersabda, "Ibumu." "Kemudian siapa?" Rasulullah bersabda, "Ibumu." "Kemudian siapa?" Rasulullah bersabda, "Ibumu." "Kemudian siapa?" Rasulullah bersabda, "Ayahmu."
Berbakti kepada kedua orang tua, khususnya kepada ibu adalah satu kewajipan. Tidak berguna setiap bait-bait ucapan berbunga-bunga yang kamu ditujukan kepada ibumu dalam masa yang sama tindak-tandukmu bercanggah dengan kata-katamu.
Eloklah kamu diam daripada kamu berdusta!
Sekiranya kamu jujur dengan ucapanmu, maka tulisan di atas bukan ditujukan buatmu. Mungkin buatku yang alpa, atau mungkin buat anak-anak yang lupa...
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Kita sebagai Muslim sepatutnya meraikan ibu kita SETIAP HARI, bukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Lihat sahajalah di pusat-pusat jagaan warga emas. Boleh dikatakan 95 peratus daripada penghuninya adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam.
Itu di rumah orang-orang tua, yang di bela oleh Kementerian. Bagaimana pula warga emas yang dibiarkan hidup melarat seorang diri yang ditinggalkan anak tanpa sebarang pembelaan? Siapa kata tak ada?
Berbuih Kerajaan buat kempen. Jenuh NGO membantu mana yang termampu. Kita? Hanya dengan kata-kata. Adakah dengan kata-kata itu mampu memelihara ibu yang sudah uzur? Jangan hanya dikata jika tiada mahu dikota!
Diriku masih mempunyai dua orang tua yang diklasifikasikan sebagai warga emas. Alhamdulillah, kedua-dua mereka masih gagah berdiri. Kini, bolehlah kukatakan yang kuamat mengasihi mereka berdua. Bagaimana tika mereka uzur kelak, adakah kata-kataku ini masih boleh dipegang erat?
Takut ia menjadi nista tika tibanya masa itu...
عن أبي عبد الرحمن عبد الله ابن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم: أي العمل أحب إلى الله تعالى؟ قال: الصلاة على وقتها. قلت: ثم أى؟ قال: بر الوالدين. قلت: ثم أي؟ قال: الجهاد فى سبيل الله. متفق عليه
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Ibnu Mas'ud, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu alayhi wasallam, "Apakah amalan yang paling disukai Allah Ta'ala?" Baginda bersabda,"Solat pada waktunya." Aku bertanya lagi, "Kemudian?" Baginda bersabda, "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Aku bertanya lagi, "Kemudian?" Baginda bersabda, "Berjihad di jalan Allah.
Muttafaq alayh
lebih baik diam
ReplyDeleteoh oke
nasib aku memang diam