Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

15 March 2012

Tak Sempat

Ish... Dah berabuk blog CTB ni. Kali terakhir saya menaip entry adalah pada 3 Mac 2012 yang bertajuk 3 Mac: Tarikh Hitam yang berkisar ulangtahun kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, empayar Islam terakhir.

Kebetulan, ketika entry tersebut ditaip, sekolah tempat saya mengajar masih dalam mood ujian, yang mana pelajaran yang saya ajar menjadi pelajaran pertama ditempuh murid-murid.

Secara kasar, murid-murid tahun 4 tahun ini lebih bagus berbanding tahun lepas. Ini disebabkan kebanyakkan daripada murid-murid tahun ini lebih lama bersekolah di sekolah agama berbanding murid tahun lepas yang masuk mendaftar lewat, dan menjadi satu kerja tambahan kepada guru untuk memperkenalkan tulisan jawi yang memeningkan kepada murid-murid baru.

Dalam masa seminggu selepas entry terakhir, saya diberi tugasan untuk membuat montaj untuk ditayangkan ketika Mesyuarat Agung PIBG yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mac 2012 (Sabtu). Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar.



Saya ambil masa dalam dua hari menyiapkan montaj ini. Saya curi masa ujian hafazan sikit, masa makan sikit, masa tidur sikit, sehinggalah montaj ini siap beberapa minit sebelum ditayangkan ketika mesyuarat.

Selepas mesyuarat, saya 'terbang' ke Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Mak Puteh di Kota Tinggi. Maaflah, tiada gambar untuk dikongsi sebab saya terlalu keletihan untuk mengambil gambar di sana.

*  *  * KPI *  *  *

Balik dari Johor, saya menumpukan kepada program Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KPI) yang saya rangka sejak awal tahun, berkonsultasi buat kali terakhir dengan Guru Besar bagi meluluskan proses dokumentasi yang kini berada di fasa terakhir. Insya-Allah, jika semuanya berjalan dengan lancar, KPI akan diadakan pada 6 hingga 8 April ini dan melibatkan murid-murid SRA Bandar Seri Putra yang berstatus pemimpin seperti pengawas, ketua kelas, dan penolong ketua kelas.

KPI kali ini dijadikan program perintis kendalian saya kerana saya berhasrat untuk membina peribadi pemimpin yang cemerlang di kalangan pimpinan murid sekaligus menjadi model contoh kepada murid lain dalam aspek kepimpinan dan sahsiah.

Penyampaian sijil penyertaan ketika Kem Kepimpinan Pengawas 2011.
Dengan kerjasama yang diberikan oleh Ustaz Hanif selaku Guru Disiplin dan setiausaha bagi program ini, saya harapkan segala-galanya berjalan dengan lancar.



KPI antara program yang saya rangka bagi tahun ini selain Kem Pemantapan Sahsiah Anak (PESAN) yang menggantikan KEMAS (Kem Anak Syurga-2010/Kem Anak Soleh-2011), dan Bulan Memperkasa Solat dan Ibadat (MESI).

Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Ameen.

Hulu Klang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment