Earth Hour kini kembali lagi. Tahun ini, tarikh 31 Mac dipilih untuk menzahirkan rasa prihatin terhadap bumi yang selama ini bagai tidak dihiraukan.
Tindakan Yayasan Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Foundation - WWF) seharusnya dipuji dan disokong. Walaupun jangka masa yang digunakan hanyalah 60 minit bermula dari jam 8.30 malam, namun, dalam jangka masa yang singkat ini diharap mampu mengubah sikap dan perspektif kita agar lebih prihatin terhadap pembaziran tenaga dan pencemaran dunia yang semakin lama semakin teruk.
Penjimatan yang dizahirkan semasa Earth Hour seharusnya diaplikasikan secara berterusan dan sepanjang masa. Setiap pembaziran yang kita buat perlu dielakkan. Pastikan elektrik dan air dijimatkan semaksima mungkin. Bukan itu sahaja, penggunaan kenderaan juga dijimatkan. Elakkan daripada pergi ke sesuatu tempat yang berhampiran dengan berkereta.
Ish, kalau mahu berbincang berkaitan penjimatan, tidak cukup hanya di dalam satu artikel sahaja, ia boleh dileretkan sehingga ke kedai kopi.
Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri, adakah kita bersedia untuk berubah memastikan bumi berada dalam keadaan terbaik ataupun kita tidak peduli dengan kesengsaraan alam yang semakin tercemar.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta 'ala:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Orange CC, Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment