Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 February 2012

Selesai MMJBR 2012


Bukan senang nak menguruskan sesebuah event, lebih-lebih lagi kalau manage event yang mendapat liputan media seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan sebagainya. Kebetulan, saya mempunyai seorang rakan yang bekerja di TV3. Dia menceritakan betapa penatnya jika diarahkan untuk menjadi salah seorang daripada crew untuk events seumpama AJL.

Saya pula, baru satu event, just a small one, tapi penatnya macam nak pecah otak. Macam mana ye rasa kalau saya berada di tempat kawan saya tadi, bukan kata otak je yang pecah, badan semua berkecai entah ke mana sepahnya...

Minggu Memperingati Junjungan Besar Rasulullah yang diadakan pada minggu lepas akhirnya melabuhkan tirainya petang tadi dengan acara yang terakhir iaitu penyampaian hadiah.

Sebanyak lima pertandingan dipertandingan untuk murid-murid sesi petang; Teka Silangkata, Kuiz Bertulis, Poster, Membuat Sepanduk, dan Perbarisan Terbaik.

Seronok bila mendengar sorakan daripada murid-murid apabila pemenang yang diumumkan itu adalah dari firqah mereka.

"Firqah? Apa tu?"

Perkataan "Firqah" saya gunakan bagi menggantikan istilah "rumah sukan" yang digunakan di sekolah kebangsaan. Tak sesuai nak gunakan istilah "rumah sukan" sebab aktiviti di sekolah agama bukan berpaksikan kepada sukan. Mungkin akan ada aktiviti riadah, tetapi itu bukan menjadi agenda utama diadakan "firqah".

Walaupun saya terlibat dalam urusan program secara tetap, namun saya juga menjadi salah seorang daripada guru bagi Firqah Ibrahim yang juga rumah kuning. Namun, tugasan menguruskan Firqah Ibrahim terpaksa saya serahkan kepada guru lain kerana dua tangan saya tidak mampu untuk menguruskan program secara keseluruhannya dalam masa yang sama, menghandle perjalanan firqah yang menjadi salah satu daripada agenda program.

Dan, ditakdirkan, Firqah Ibrahim menduduki tempat terakhir. Memang kecewa.


Namun, kekecewaan tersebut terubat dengan sorakan kemenangan daripada ahli Firqah Muhammad ketika diumumkan sebagai Juara Keseluruhan sepanjang Minggu Memperingati Junjungan Besar Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.

Terasa program yang diusahakan itu mendapat sambutan daripada murid-murid, walaupun rasa macam buat kerja bagai melepaskan batuk di tangga sahaja...

Terima kasih kepada Ustaz Zulraime yang berjaya mengarah program successfully. Terima kasih juga kepada semua guru pembimbing firqah kerana sporting dalam mengatur firqah masing-masing.

Teringat kata-kata berseloroh Ustazah Najihah yang juga guru Firqah Muhammad:
Kami buat main-main je boleh menang. Kalau kami buat betul-betul...?


Memang sempoi masing-masing. Terasa macam mengajar di sekolah kebangsaan pula.

Bergambar selepas slot diskusi "Jasamu Dikenang".
Dari kiri Aiman Aikimi, Aimanul Hakim (berkaca mata), saya, Khairul Naim (belakang), Hilman, dan Nur Hakimin (tanda nama berwarna kuning).
Lepas ni, Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Sekolah pula yang dijadualkan seminggu selepas Ujian Prestasi 1.

Ya Allah, bantulah aku untuk melaksanakan setiap apa yang sudah dirancangkan. Sesungguhnya aku buat adalah bagi meningkatkan ilmu dalam dada setiap muridku. Semoga dengan itu, mereka bertambah keimanan kepada-Mu...

Tinta mencoret: Dakwah di sekolah bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah...

No comments:

Post a Comment