Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

05 February 2012

Maulidur Rasul 1433H


صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم
صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم
يا نبي سلام عليك يا رسول سلام عليك
يا حبيب سلام عليك صلوات الله عليك

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijri.

Walaupun ulama tidak sepakat dalam menentukan tarikh sebenar lahirnya insan agung bernama Muhammad Sallallahu 'Alayhi Wasallam. Namun, ini tidak menjadi halangan untuk kita menyambut hari keputeraan Baginda Sallallahu 'Alayhi Wasallam pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun.

Sekiranya Baginda Rasulullah masih lagi hidup, usia baginda menjangkau 1,442 tahun, melebihi umur Nabi Nuh 'Alayhis-Salam yang hanya 950 tahun.

Dengan kehadiran 12 Rabiul Awwal ini, kita digalakkan untuk kembali bermuhasabah diri kita, sejauh mana kasih kita terhadap Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.

Satu hadis ada dinyatakan,
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحبّ إليه من والده وولَده والنّاس أجمعين أو كما قال صلى الله عليه وسلم
Kamu (dikira) tidak beriman sehinggalah diriku lebih dicintainya lebih daripada kedua ibu bapanya, anaknya, dan manusia sekelian.

Jadi, yang mana suka sangat meletakkan cinta terhadap pakwe-makwe, kurang-kurangkanlah. Sedangkan kalau kasih terhadap kedua ibu bapa melebihi kasih dan cinta terhadap Nabi Muhammad pun dikira macam tidak beriman (berdasarkan kefahaman literasi terhadap hadith), apa lagi pakwe-makwe yang bila-bila masa boleh clash atau berubah hati.


*  *  *  *  *


Bercerita berkenaan Sambutan Maulidur Rasul, hari ini saya terpilih untuk menyertai kontinjen Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang untuk menyambut sambutan di Peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam. Kontinjen PAID Sepang diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama atau qadhi daerah Sepang, Tuan Haji Abdul Halim bin Md Isa.

Alhamdulillah, kontinjen PAID Sepang berjaya mendapat tempat ketiga dalam Perbarisan Terbaik kategori Jabatan Kerajaan.

Macam tak layak dapat piala, lewat sampat ke tempat berkumpul, pergerakan berterabur, dan sebagainya.

Mungkin disebabkan kontinjen berselawat dengan bersemangat semasa perarakan berjaya menarik perhatian juri untuk memberikan markah lebih.

Bergambar dengan piala. Dari kiri, saya, Ustaz Amri, dan Ustaz Wan Is
Ada satu pesanan yang diberikan oleh seorang mak cik tukang sapu sampah setibanya kontinjen kami di Stadium Malawati.  Apa yang dikatakannya?
"Mana selawatnya? Tak kan malas kot...?"

Pergh... Mak cik tukang sapu sampah sound direct pegawai agama.

Bukan malas, tapi penat berselawat dengan 'bersemangat' sepanjang-panjang berarak dari Stadium Mini ke Stadium Malawati yang hampir 2km kot. So, bila dah sampai di perkarangan Stadium Malawati, kita 'rehatkan' mulut...

Kontinjen PAID Sepang yang diketuai oleh qadhi, Tuan Haji Abdul Halim
(berdiri, empat dari kiri).
Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar.

Tinta mencoret: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Kita...?

Hulu Klang, Kuala Lumpur WP

4 comments: