Masalah murid datang lewat ke sekolah bukanlah satu perkara yang asing di SRA Bandar Seri Putra. Bukan sahaja murid biasa sahaja yang lewat, malah pengawas juga tidak terkecuali.
"Pengawas pun lewat gak ker...?"
"Ye, pengawas pun lewat."
"Teruk giler murid sekolah engkau."
"Tapi, bukan salah diorang."
"Habis tu, salah siapa?" "Hmm..."
Jumaat minggu lepas (27 Januari 2012), sedang saya syok mengajar Tajwid di kelas 4 Ibnu Sina, kelas pertama antara enam kelas tahun 4, murid terakhir yang hadir ketika itu ialah Iqbal, seorang pengawas.
"Ha... (nada sergah) Pengawas pun lewat?"
"Van lambat, ustaz."
"Pengawas mana boleh lambat.
Lain kali kena usaha juga datang awal."
Saya biarkan Iqbal duduk, kesian tengok muka dia yang kepenatan. Sebelum Iqbal, ada dalam lima orang yang lewat. Tak terkata. Mereka lewat bukan disengajakan, tetapi disebabkan van mereka yang lewat.
"Kelas, petang ni, jumpa pak cik van kamu, mak cik van kamu, cakap kat diorang: (dengan nada memujuk) Pak cik, pak cik, boleh tak pak cik hantar kami awal ke sekolah? Kami nak belajar. Kalau kami lambat, kami rugi satu ilmu. Kalau pak cik lambat juga, saya tak nak naiklah dengan pak cik."
Murid tersenyum, ada yang ketawa kecil. Iqbal masih blur, mungkin penat mendaki tangga masih belum hilang.
Saya difahamkan, pihak van dan bas sekolah terpaksa menghantar lewat akibat daripada terpaksa membuat banyak trip mengambil murid yang begitu ramai. Tak tahulah berapa banyak van dan bas sekolah yang berkhidmat sekitar Putra-Mahkota. Sekali rambang bila saya perhatikan, macam terlebih je...
Walaupun hati saya geram tengok mereka lewat menghantar murid-murid ke sekolah, namun bila difikirkan mereka terpaksa membuat banyak trip kerana jumlah murid yang terlalu ramai. Jadi, rasa geram tu hilang sikitlah...
Gambar tahun 2011. Adli dan Wafiq sempat berposing. Adli dan Wafiq juga lewat. Bukan lewat sampai, tapi lewat balik. |
* * * * *
Hari ini (2 Februari 2012), saya dimaklumkan oleh Ustaz Misnan selaku Guru Penolong Kanan I, ada murid yang dimarahi oleh pemandu van gara-gara keluar lewat dari kelas.
Eh...? Belajar lebih masa sikit pun kena marah?
Masalahnya, siapa perlu ikut siapa? Mereka sendiri tidak mampu menghantar murid-murid sebelum waktunya, bila ada guru yang melepaskan murid lewat atas dasar pembelajaran, mereka mempertikaikan pula.
Adillah. Kami selaku guru kelas terpaksa menunggu sehingga 3.15 petang untuk mengambil kedatangan semata-mata memastikan jumlah murid yang hadir itu dapat dicatat dengan sebaiknya, apa salahnya mereka menunggu paling lewat 15 minit?
Iqbal sendiri masuk ke kelas lebih kurang 2.55 petang, berapa minit Iqbal lewat? 25 minit. Kalau macam tu, bolehlah saya lepaskan murid-murid tahun 4 yang bersolat di surau lewat 25 minit, sekitar jam 6.05 petang.
Fikirlah sikit. Bukan selalu guru-guru lepaskan murid lewat. Kalau lewat pun, pastinya terdapat nilai-nilai pengajaran yang perlu diterapkan ketika sesi pembelajaran tersebut.
Kadang-kadang sahaja guru melepaskan murid lewat, itupun sebilangan guru dan sebilangan murid sahaja. Mereka pula? Yang lewat adalah van yang sama. Yang lewat adalah murid yang naik van tersebut.
Mereka seharusnya menepati waktu persekolahan yang ditetapkan dan perlu memastikan murid-murid sampai sebelum 2.30 petang. Namun, apa tindakan mereka? Dah tahu tidak mampu menepati masa yang ditetapkan, mengapa perlu membuat trip yang begitu banyak sehingga menyebabkan murid-murid lewat tiba?
Sekiranya mereka tidak boleh menepati waktu yang ditetapkan, jangan disalahkan guru yang hanya kadang-kala melepaskan murid lambat kerana proses PnP.
Jangan marah jika orang lain buat perkara yang sama kepada kita sekiranya kita tidak mampu untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
Mood geram datang balik...
Tinta mencoret: Orang lain susah tak mahu fikir. Bila kena kat batang hidung, riuh 'berkokok' sekampung.
Anak den pun pernah kena denda sebab VAN sekolah lewat. Kes VAN rosak last minit. Itu pun den yang hantau. Den kadang2 hangin jugak bila anak den di denda sebab lewat yang tak di sengaja kan tu...cikgu2 patutnya bertanya sebab2 nya...jika VAN rosak...ada ke salah murid..?
ReplyDeleteha? anak kena denda sebab van lambat? tahun berapa tuh...? ramai je murid-murid yang lambat hadir ke sekolah setiap hari sehingga menjangkau pukul 3 petang...
ReplyDeleteBukan sekolah Agama...sekolah kebangsaan...ahakz
ReplyDelete