Memberi tunjuk ajar kepada calon PSRA 2011. Rindu pada mereka... |
Kamal merupakan seorang mahasiswi yang mengambil jurusan pendidikan di sebuah universiti tempatan. Akhlak dan tingkah laku Kamal yang ceria dan peramah amat disenangi oleh semua rakannya.
Walaupun begitu, Kamal mempunyai satu kekurangan, tidak dapat menyebut bunyi huruf E taling. Apabila Kamal menyebut sesuatu perkataan yang mempunyai huruf E taling, huruf E tersebut akan berbunyi seperti huruf I.
Iqbal, seorang sahabat karib Kamal seringkali ingin mengajar Kamal agar mampu menyebut huruf E taling dengan betul, namun Kamal enggan kerana mungkin pelat menyebut huruf E taling bukanlah suatu masalah yang besar baginya.
* * * TAMAT PENGAJIAN * * *
Selepas Kamal menamatkan pengajian, Kamal ditempatkan di sebuah sekolah menengah di Damansara. Kamal kini sudah menjadi Cikgu Kamal.
Suatu hari, Danish lambat masuk ke dalam kelasnya kerana lambat sampai ke sekolah. Maka, berlakulah dialog antara Cikgu Kamal dengan pelajarnya, Danish.
"Danish, kenapa kamu liwat?"
"Eh, cikgu, saya tak pernah buat benda tuh..."
"Kamu jangan tipu saya. Bukan ke kamu liwat hari ni?"
"Mana ada cikgu. Saya tak pernah buat macam tuh."
"Depan mata cikgu nampak kamu liwat, kamu masih nak nafikan?"
Danish yang tidak berpuas hati dituduh melakukan 'liwat' membuat aduan kepada Pengetua.
Selang beberapa hari, Cikgu Kamal dipanggil untuk bersemuka dengan Pengetua.
"Saya dapat aduan yang mengatakan cikgu ada menuduh pelajar meliwat. Betul ke?"
"Liwat? Bukan liwat cikgu, tapi liiiiiiiiwat..."
"Cikgu jangan main-main sama saya."
"Tapi, mimang benar dia liiiiiwat..."
"Berat sungguh tuduhan cikgu."
"Saya bukan tuduh sebarangan cikgu. Memang dia liiiiiiiiiiiiwat. Liiiiiwat."
"Dia meliwat siapa?"
"Dia liwat dengan kawan dia, Asif dari kelas sebelah."
"Mana cikgu nampak dia meliwat Asif?"
"Astaghfirullah. Bukan dia meliwat Asif, tapi dia liiiiwat dengan Asif."
(Bertambah berang) "Cikgu jangan main-main. Kan sama je tuh."
(Cikgu Kamal baru sedar yang dia pelat E taling) "Cikgu ada kertas? Ilok saya tulis"
Cikgu Kamal pun menulis apa yang ingin dikatakannya.
Danish dan Asif lewat datang ke sekolah. Maaf, saya pelat huruf E.
Selepas Pengetua baca apa yang ditulis Cikgu Kamal, baru Pengetua faham apa tuduhan yang dibuat Cikgu Kamal.
"Lain kali, cakap biar terang, biar jelas. Kan mudah kalau kamu cakap awal-awal yang kamu pelat huruf E."
"Hihihi. Maaf, cikgu. Lain kali, saya tak buat lagi..."
Baru Cikgu Kamal tersedar. Memang satu masalah besar bila dia tidak boleh menyebut E taling dengan sempurna.
Cikgu Kamal mengeluarkan iPhone 4Snya dari kocek dan menelefon sahabat lamanya, Iqbal, juga sudah menjadi guru sepertinya.
"Assalamualaikum, Iqbal. Apa khabar?"
"Wa 'alaikumussalam. Alhamdulillah, sihat. Kau apa khabar?"
"Sihat. Bal, aku nyesal la tak dengar cakap kau dulu.""Pe pasal weyh?"
"Ye lah. Dulu kau nak ajar aku sebut E taling, tapi aku sombong tak nak dengar cakap kau."
"Kalau macam tu, kena praktis la sebut tiap-tiap hari.""Bal, boleh tak kau tolong train aku sampai aku mampu sebut huruf E taling sampai betul?"
"Gila kau. Aku sekarang ni ngajar kat Sandakan. Tak kan aku nak ke Semenanjung semata-mata nak ngajar kau. Kau belajar la dari awek kau."
"..."
Dua tahun selepas peristiwa itu, barulah Cikgu Kamal berjaya menyebut E taling dengan sempurna.
* * * * *
Cerita ini diadaptasi dari cerita yang diceritakan oleh Nasrullah dan ditambah dengan penambah perasa. Semuanya adalah rekaan semata-mata berdasarkan kepada pengakuan si pencerita.
Gambar semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011. |
Pantai Sepang Putra, Sepang SDE
Waduhhh...malang sungguh cikgu itu...mujur ia berjaya jua akhirnya...ahakz
ReplyDelete