Hari ini, saya berkonsultasi dengan Puan Sharifah Suhaila, seorang cikgu, juga kaunselor di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi.
Tiga perkara yang dibincangkan, pertamanya berkenaan program kerjaya, kedua berkaitan dengan Alumni, dan yang terakhir adalah kem sahsiah murid.
Saya suka bila berbicara dengannya. Puan Sharifah begitu tersusun kata-katanya. Sebelum ini, saya pernah menukilkan berkaitan Puan Sharifah dalam dua entry yang berbeza. Entry tersebut boleh diklik di sini dan di sini. Dan sememangnya saya cuba untuk mencontohi beliau apabila berhadapan dengan murid-murid.
Dan, saya suka meleret-leretkan sesuatu perbincangan daripada perkara-perkara yang menjadi priority, yang menjadi tajuk perbincangan utama kepada isu-isu yang saya rasa perlu untuk diketengahkan ketika itu, dan kadang-kala ia tiada kaitan langsung dengan perbahasan yang sedang dibincangkan.
Hari ini, saya mendapat satu ilmu yang amat berguna, berguna buat diri saya yang 'bakal' mendirikan rumah tangga.
"Ehem... Bila tuh...?"
Kembali kepada isi perbincangan. Pengalaman beliau dalam mendidik anak-anak membuatkan saya khusyuk mendengar. Mana tidaknya, beliau amat teliti dalam memberikan nasihat dan didikan kepada anak-anaknya. Setiap daripada anak-anaknya mempunyai karektor yang berbeza-beza, dan pastinya pendekatan yang berlainan diperlukan bagi berhadapan dengan setiap daripada anak-anaknya.
Wah. Kalau saya, silap sikit je, mungkin tangan mahu dihayun ke muka.
Anak |
Beliau tidak mengenal langsung erti penat ketika pulang ke rumah. Walaupun anaknya menyuruh beliau menuangkan air ke dalam cawan, beliau tetap seronok untuk menuangnya, walaupun badan letih.
Kalau kita, apa kita akan cakap kepada 'bakal' anak kita?
"Eh, anak malas. Tuanglah sendiri...!"
Betul tak? Ngaku je lah. Mungkin saya juga akan berkata demikian jika berhadapan dengan situasi tersebut. Mana tau kan. Saya belum ada anak lagi, belum pasti apa yang akan saya katakan.
"Tapi, bukankah dengan cara tersebut akan menjadikan anak tersebut bertambah malas dan menggambarkan benarlah tanda kecil hari Kiamat yang mana ibu akan melahirkan tuannya?"
Apa kata Puan Sharifah Suhaila? Itu sebenarnya menunjukkan anak-anak tersebut mahu bermanja-manja dengan kedua ibu bapa mereka. Lainlah kalau anak-anak tersebut sudah berumur lebih 20 tahun macam saya, tu mungkin mereka ni malas.
Apa salahnya jika ibu atau bapa melupakan rasa penat mereka semata-mata untuk bermanja-manja dengan anak sendiri? Mereka itulah zuriat kita selaku ibu bapa tersebut. Jika di pejabat, kita boleh 'bermanja-manja' dengan kawan-kawan, boleh melaksanakan tuntutan kerja dengan dedikasi, kenapa dengan anak sendiri tidak boleh? Adakah takut dengan persepsi masyarakat sekeliling yang mungkin akan mengatakan kita diperkuda oleh anak sendiri?
* * * RASULULLAH MENJADI 'KUDA' * * *
Ingatkah satu kisah yang diceritakan ustaz-ustazah kita tatkala cucu kesayangan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam menaiki belakang badan Baginda, menunggang Baginda tatkala Baginda sedang sujud mengimamkan solat? Apa yang Baginda buat? Adakah Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam terus bangun membiarkan cucu-cucu Baginda jatuh tergolek dari belakang badan Baginda? Adakah selepas solat, Baginda memarahi cucu-cucu Baginda kerana memperlakukannya bagai kuda yang ditunggang, dan memalukannya yang berstatus "Rasulullah" di hadapan sahabat Baginda?
Tidak. Baginda langsung tidak marah, malah sempat berseloroh lagi selepas selesai solat.
Sebaik-baik kuda adalah tunggangan mereka berdua (Baginda memaksudkan kuda tersebut adalah dirinya sendiri), dan sebaik-baik penunggang kuda adalah mereka berdua (Hasan dan Husein).
Wah. Kenapa sebaik-baik penunggang adalah Hasan dan Husein? Dan kenapa Baginda menjadi 'kuda' tunggangan terbaik? Mana ada orang yang pernah menunggang belakang Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam selain daripada mereka berdua. Dan Rasulullah adalah manusia yang terbaik di kalangan sekalian manusia.
Kalau kita la ditunggang anak atau cucu sendiri, tentu ia menjadi satu perkara yang biadab dan memalukan sekiranya terjadi di hadapan khalayak. Tambahan pula, yang melihat pasti akan memandang serong kononnya kita tidak reti mendidik anak atau cucu dengan baik sehingga bersikap biadab sebegitu.
Kan?
Dan peringatan penting daripada Puan Sharifah berkaitan perkara ini, juga menjadi satu bentuk ingatan buat saya; jangan mengharapkan kesempurnaan daripada anak-anak even murid-murid sendiri. Sedangkan diri kita tidak sempurna, bagaimana kita mahukan orang lain sempurna? Didikan yang diberikan mungkin tidak meresap dalam diri mereka sekarang, tetapi mungkin hasilnya terpancar selepas puluhan tahun.Wallahu a'lam, siapa tahu...?
Eh, ramainye anak saya? Hehehe, anak muridlah... |
Orange CC, Taman Permata, Kuala Lumpur WP
Uikk..den selalu marah anak den sebab selalu suruh ibu dia tuang kan air....rupanya mcm tu erk....
ReplyDeleteBetul tu.. didik anak dgn kemesraan & kasih sayang.. nak marah & pukul pun biarlah bertempat...
ReplyDelete~ramainye anak.. minta satu yg comel2 bulih??? hihi..