Ketika saya melihat sumber trafik yang masuk ke CTB, agak pelik ketika saya melihat satu carian "luqman rogol hawa".
Ada ke entry yang menceritakan berkenaan seorang lelaki yang bernama Luqman yang merogol mangsanya yang bernama Hawa? Setahu saya, tak ada.
So, saya buka try untuk membuka link tersebut.
Apa yang saya dapat? Ini dia...
Link http://www.google.com/M?q=luqman+rogol+Hawa&client=ms-opera-mini&channel=new adalah hasil carian seseorang yang mahukan berita Hawa dirogol oleh Luqman. Hasil carian tersebut memautkan kepada dua entry yang saya tulis tahun lepas; ROGOL: Salah Lelaki Atau Wanita? dan Bersama Nasrul, Rahman, dan LUQMAN.
Berdasarkan link carian tersebut, ia menunjukkan bahawa ia telah diakses melalui telefon berdasarkan kepada huruf M pada pautan dengan menggunakan browser Opera.
Tak pasti apa yang dicari si pencari. Adakah mencari gambar-gambar Hawa dirogol ataupun mahu mendapatkan maklumat berkenaan kesalahan Luqman. Saya pula terlalu sibuk dengan tugasan semenjak dua menjak ini sehinggakan tidak mengambil port tentang gosip-gosip kecil ini.
* * * * *
Kebetulan, dalam satu slot rancangan Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi (Khamis, 16 Februari 2012), seorang motivator mengupas satu isu berkenaan kegilaan generasi 'Y' dalam menggunakan telefon pintar seperti iPhone dan sebagainya.
* * * KEGILAAN * * *
Bagi generasi muda, memiliki model telefon yang terbaru merupakan satu kelebihan dan kemegahan, dan mereka saling berlumba bagi memiliki model yang paling terkehadapan.
Ada juga yang sanggup untuk bertolok gadai semata-mata mahu memilikinya. Dan kegilaan tersebut pernah berlaku pada seseorang yang saya kenal.
"Kau jealous la tuh, tak de iPhone..."
"Please la... Aku tak heran la dengan iPhone kau tuh."
Mungkin ini yang akan orang utan katakan jika mereka juga mempunyai kegilaan yang sama dengan manusia. |
Okey, memiliki kegilaan tersebut bukanlah menjadi satu kesalahan. Namun, saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Farid Ravi yang baru saya dengar dalam rancangan "Forum Perdana Ehwal Islam" tadi (16 Februari 2012) yang mengatakan bahawa perlunya kita mengukur berdasarkan kepada kemampuan tangan kita. Mungkin banyak hikmah mengapa Allah tidak mengizinkan kita untuk memilikinya.
* * * MELEKAT * * *
Dan, bagai menjadi kewajipan, setiap telefon 'canggih' tersebut hampir setiap masa melekat di tangan.
Sambil makan, sambil membalas mesej.
Sambil study, sambil membalas mesej.Sambil masak, sambil membalas mesej.
Sambil drive, sambil membalas mesej.
Sambil menunggang, sambil membalas mesej.
Sambil mata nak terkatup, sambil membalas mesej.
Setiap masa, pastinya mereka mementingkan mesej mereka. Mereka tidak menghiraukan orang yang berada di sekitar. Sedangkan mereka yang berada di sekitar itu lebih penting untuk diambil perhatian berbanding mesej yang kadang-kadang agak mengjengkelkan!
Dan, kebiasaan mesej tersebut datang daripada kekasih yang tidak sah taraf ikatan. Dan kebiasaannya, setiap mesej yang dibalas pastinya diiringi dengan nafsu sang penghantar.
Mesej yang sama setiap hari:
"Buat apa?"
"Dah makan?"
"Belum tidur lagi ke?"
Bayangkan kalau mesej tersebut dikirim oleh mak, atau ayah, atau mungkin isteri kita setiap hari, mungkin setiap masa, tidakkah kita berasa rimas? Sedangkan mereka lebih layak untuk bertanyakan soalan-soalan yang mungkin merimaskan bagi kita berbanding kekasih yang tiada perhubungan halal di sisi agama.
"Hello, mak, kite tak nak duduk lama-lama dalam peyut mak. Bosanlah. Kite nak kuar cepat, nak main PS3..." |
* * * MUAT TURUN * * *
Memang bagus jika setiap maklumat yang penting pantas sampai kepada kita melalui telefon seperti amaran banjir, info trafik, gangguan bekalan elektrik, dan sebagainya.
Namun, ruang yang tiada sempadan ini selalu disalah guna, seperti menjadikan ia sebagai satu medium melampiaskan perasaan, menyebar tohmahan, memuat turun video lucah, dan menyalakan api perkauman. Antara sedar ataupun tidak, keadaan ini tidak menjadikan kita lebih terkehadapan, lebih intelektual, lebih berilmu, lebih bermaklumat, dan lebih segala-galanya, tetapi ia akan menyebabkan pembinaan sahsiah terbantut, masyarakat yang ada akan punah-ranah, dan seterusnya menjadikan negara bagai sebuah neraka untuk diazab.
Laman sosial menjadi wadah penyebaran maklumat masa kini. Juga medium menyebaran virus yang merosakkan masyarakat. |
Mahu tidak mahu, kita memang hidup dalam zaman ini. Dan memang sukar untuk memelihara diri daripada terjebak dengan sikap buruk tersebut. Yang boleh menjadi perisai adalah iman dan takwa. Sekiranya kita tidak mampu untuk menyemai pohon takwa, sudah tentu kita juga akan terjebak walaupun sedikit.
Kurangkan masa dengan telefon anda, lebihkan masa bersama keluarga dan rakan yang berada live di hadapan anda. Bersosial secara berhadapan itu akan memberikan kesan yang lebih mendalam berbanding bersosial melalui laman sosial.
Adik, berkawan itu penting, tapi janganlah sampai ponteng sekolah ooi... |
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Loqman merogol hawa.. sungguh kelakau bunyinya itu.. haha..
ReplyDelete