Seriously, this restaurant isn't my first choice. Tapi kalau tak ada pilihan, saya masuk je.
Restoran apa ye? Kenalah baca entry ni sampai lebam mata...
* * * * *
Semalam, saya sengaja mengajak seorang kenalan saya, Syahmi juga namanya. Eh, tak caya ker? Tak percaya sudah... Nama penuhnya Khairul Syahmi. Mengajak ke mana? Mengajak menikmati seketul burger yang menggerunkannya, Prosperity Burger.
Pernah dengar tak Prosperity Burger? Ala, burger yang jual kat Mc D tuh...
Inilah iklan Prosperity Burger yang dijual di Mc Donald's. |
Dah tau kan? Prosperity Burger ni bermusim, dan biasanya ada masa Tahun Baru Cina je. Mungkin dalam seminggu dua ni, Mc D tak jual lagi la burger ni. Kalau siapa yang kempunan, kena tunggu sampai Tahun Baru Cina yang akan datang nanti.
Harganya dalam RM 13++, tu tak termasuk 6 peratus cukai kerajaan. Kalau nak murah sikit, beli la McValue Lunch, tapi masanya terhad, dari jam 12.00 tengah hari sampai 3.00 petang, tapi still above RM 10.00.
Burger ni memang menjadi kegilaan saya setiap tahun. Sedap...
Kembali semula ke cerita asal. Saya saja mengajak seorang kenalan saya yang namanya lebih kurang macam nama saya, Syahmi untuk menikmati Prosperity Burger. Kenapa saya ajak dia? Sebenarnya dia tak nak makan burger ni, katanya pedas.
Pedas ke...? Bagi saya sedap je. Tapi mata berairlah kalau makan.
Lain lidah, lainlah rasanya. Betul tak...?
Bila saya dah sampai simpang masuk ke Mc Donald Nilai yang berhadapan dengan Nilai Square, saya cancel niat nak makan Prosperity Burger atas beberapa sebab dan alasan.
Disebabkan Syahmi (bukan saya tau, kenalan saya) belajar di USIM, jadi saya tanya mana restoran yang sedap sekitar Bandar Baru Nilai (BBN). Dia pun tak tau. Maklumlah, siswa ulat buku, tak keluar hostel baca buku... Syahmi, jangan marah ye...
Jadi, saya terus call seorang sahabat saya yang tinggal di BBN, Raja Hanafi untuk mendapatkan 'nasihat' berkenaan restoran yang sedap sekitar BBN. Dan dia cadangkan sebuah restoran berhampiran dengan rumahnya.
Terus-terang, saya fail dalam memilih restoran untuk makan. Sekiranya saya sudah terbiasa makan di restoran A, saya akan ke restoran A sampai bila-bila dan tidak akan bertukar ke restoran B walaupun restoran B menjadi buah mulut orang kerana makanannya sedap. Lainlah kalau restoran A tutup, baru saya akan ke restoran B. Jika saya diperkenalkan ke sebuah restoran, hanya restoran itulah yang saya pergi sekiranya singgah di kawasan berkenana.
Dan, sikap saya yang 'setia' dengan sebuah restoran ini pernah membuatkan pekerja restoran tersebut mengenali saya walaupun dia sudah bekerja di restoran lain!
Jadi, saya, Syahmi (sekali lagi, Syahmi ni bukan saya), dan Raja Hanafi ke restoran yang dicadangkan Raja Hanafi.
* * * * *
Ini peristiwa yang berlaku semalam (Selasa, 8 Februari 2012). Bagi saya, sukar untuk memilih restoran atau kedai makan di sesuatu kawasan. Lain kedai, lain rasanya. Nasi Goreng USA di restoran A tak sama rasanya dengan Nasi Goreng di restoran B walaupun nama makanannya sama: Nasi Goreng USA. So, untuk bertukar restoran, kadang-kala yang khuatir tekak tak dapat menerima rasa yang berlainan pada makanan yang sama namanya.
Kalau saya bersendirian ke sesuatu tempat yang saya tidak biasa berhenti makan, saya gemar berhenti di mana-mana fast food outlet untuk makan. Kalau jumpa Mc Donald's, situlah saya makan. Kalau jumpa KFC, situlah saya makan. Kalau jumpa Burger King, situlah saya makan. Jarang sekali saya cari kedai makan melainkan poket dah koyak...
Dan, dalam banyak-banyak fast food, saya prefer berhenti di Mc Donald's. Sebab apa? Banyak sebabnya. Tak perlulah saya perincikan. Nak tau, tanya saya secara 'empat mata'.
Dan, dalam banyak-banyak fast food yang saya kurang gemar masuk adalah KFC. Sebab apa? Juga banyak sebabnya.
Ada antara sebabnya berlaku pada orang lain.
Ada antara sebabnya berlaku pada orang lain di depan mata saya sendiri. LIVE.
Ada juga sebabnya yang berlaku KEPADA SAYA.
Dan saya pernah membuat aduan di kotak cadangan di sebuah restoran KFC lima tahun lepas, namun tiada sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan. Nak kata saya tak berikan butiran, saya tulis lengkap dengan nama, nombor telefon, dan individu yang diadu. Tak pastilah sama ada tindakan diambil atau KFC memandang sebelah mata sahaja. KFC buta sebelah kot...
Sebelum ni, kita digembarkan dengan insiden pekerja KFC menyapu ayam ke tapak kasut yang mana ayam tersebut adalah untuk dihidangkan kepada pelanggan. Astaghfirullah. Macam mana nak berkat kerja kalau buat benda yang boleh diklasifikasikan sebagai menzalimi pelanggan.
Pernah tengok tak video ni? Boleh ulang tayang di bawah.
Dengarnya, pihak management KFC dah mengambil tindakan atas pekerjanya yang biadap tu. Sejauh mana kebenarannya, entahlah. Kita sangka baik je lah.
Tak cukup satu kes, kini timbul pula kes lain. Juga melibatkan masalah staf KFC yang biadap dan kurang ajar.
Semuanya berlaku disebabkan sikap biadap mereka dan tidak bersikap profesional ketika berhadapan dengan ragam dan karenah pelanggan. Costumer is always right...!
Macam tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttt...!!!
Tinta mencoret: KFC memang tak ajar staf supaya beradap. Sebab tu mereka jadi KURANG AJAR...!!!
Pantai Sepang Putra, Sepang SDE
Tru OTAI berger je lah ustad....sodap daging nya....ahakz
ReplyDeleteTapi saya lagi suka Ramly Burger...
ReplyDelete