Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 April 2013

Terceria Awal 2013

Alhamdulillah. Semalam (Isnin, 1 April 2013), kelas jagaan saya, 4 Ibnu Khaldun diumumkan sebagai Johan bagi Pertandingan Keceriaan Kelas Sesi Petang bagi dua bulan berturut-turut, Februari dan Mac.

Bergambar bersama piala.
Alhamdulillah. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ketika melihat wajah mereka meraikan kejayaan ini. Saya tumpang gembira melihat kegembiraan mereka walaupun saya yang banyak perah tenaga dan idea menceriakan kelas.

Cuma, saya musykil. Kelas saya tidak seceria kelas lain, macam mana boleh menang? Dua bulan berturut-turut pula tu?

Apa pun, ucapan Alhamdulillah terhadap kejayaan tersebut. Moga-moga bulan hadapan, kemenangan masih kekal untuk kelas 4 Ibnu Khaldun.

Insya-Allah...!
Irfan Hakimi, ketua kelas 4 Ibnu Khaldun, menerima piala kemenangan
daripada GPK1, Ustaz Misnan. (Sumber: Facebook sekolah)
Piala pusingan dan dua piala kemenangan.
Irfan, jangan dimakan piala tu...!
Murid perempuan semua ayu je. Yang lelaki, hyperactive. Pening kepala...
Sebelum itu, izinkan saya berterima kasih buat Aqif Aiman, Hakimin, dan Azhari yang membantu saya membasuh kelas 4 Ibnu Khaldun pada bulan lepas walaupun mereka bukan murid 4 Ibnu Khaldun. Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda buat mereka.

Ni dia assistants saya ketika mencuci kelas 4 Ibnu Khaldun, 9 Mac lepas.
Dah jadi macam kat taman tema air je...
Tinta berdakwat: Tidak terungkap dengan kata-kata.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. Wahhhhh.....berbaloi lah jadi taman tema air dulu.....ahakz....ahakz....Taniah....

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH!!!!!! mestilah menang cz ustaznya seorg yg begitu perihatin....

    ReplyDelete