"Ustaz, lepas ni ustaz free tak?"
Saya tersentak dengan pertanyaan Aqif Aiman yang saya lebih selesa memanggilnya dengan nama Aiman. Kebetulan, saya menyertai solat Asar berjemaah murid-murid tahun 5 dan 6 yang diimamkan oleh Ustaz Rijal. Seusai solat, saya disapa olehnya.
"Kenapa?"
"Saya nak belajar dengan ustaz."
Eh? Terkejut bercampur terharu bila mendengar pemintaan daripadanya. Kebiasaannya, agak sukar seorang murid mahu menahan saya daripada balik semata-mata mahu melanjutkan pembelajaran mereka bersama saya.
Saya dan Aqif Aiman. Ada yang kata kami ni sepupu. |
Kalau ada pun, Hakimin, dan mungkin Amin adik Aishah. Hakimin disebabkan mahu mempelajari al-Quran. Kalau sudah dibuat sebelum PnP ataupun pada waktu rehat, tentu kelibatnya hilang selepas tamat persekolahan. Amin pula kadang-kala, kalau ada sebarang persoalan, saya menjadi pusat sehenti baginya.
Tapi permintaan Aqif Aiman tidak seperti mereka, dan itu membuatkan hati saya benar-benar terharu.
"Nanti kamu nak balik macam mana?" (Aqif Aiman balik naik van)
"Ustaz hantarlah ye..." sambil tersenyum.
Aqif Aiman bersungguh-sungguh nampaknya. Tidak silap saya memilihnya untuk mengulangkaji pelajaran pada setiap hujung minggu.
Atau mungkin Aqif Aiman telah nampak kepentingan pendidikan agama, atau sekurang-kurangnya kepentingan PSRA itu sendiri.
Apa-apapun, tindakan Aqif Aiman menahan saya benar-benar membuatkan saya terharu.
Semoga Mumtaz milikmu, wahai Aqif Aiman.
Semoga Mumtaz milikmu, wahai Aqif Aiman.
Semoga Mumtaz milikmu, wahai Aqif Aiman.
Amin...!
Bergambar selepas ulangkaji, 9 Mac 2013 (Sabtu) |
Kena tembakan padu. Hahaha... Tu la, siapa suruh masuk kelas masa saya tengah operasi mencuci. |
Ni pasukan yang membuat ulangkaji bersama-sama. Dari kiri; Hakimin, saya, Aqif Aiman, dan Azhari. |
Bila saya mencuci kelas, masing-masing berhenti belajar, sebab nak join saya. Kelas saya dah jadi macam water theme park dah rasanya... |
19 Januari 2013, Melawat Aqif Aiman yang patah tulang kaki di rumahnya. Aqif Aiman kemalu-maluan. |
Semasa di Big Bad Wolf Book Sale, The Mines, tahun lepas. |
Bergambar di Masjid Putra, tahun lepas. |
Gambar default picture Aqif Aiman di Facebook sama dengan saya. Jangan ada yang tersalah orang, sudahlah ye... |
Tinta mencoret: Berdampingan dengan alim ulama jika mahukan ilmu dan keberkatan daripada mereka.
Hulu Klang, Kuala Lumpur WP
Anak murid kesayangan tu nampaknya.....bagus lah....esuk dah tua2 ada laei org konang....
ReplyDeleteMudah-mudahan dia tidak lupakan saya sampai bila-bila.
DeleteKalau dia lupa pun, saya puas melaksanakan apa yang saya laksanakan.
mcm adik dgn abglah....sweet sgt.
ReplyDeleteSyabas, amat susah skrg nk cari cikgu yg begitu tinggi komitmen sebegini.....moga Allah memberkati keikhlasan syahmi....
Usaha saya hanya sedikit. Bakinya bergantung kepada usaha mereka untuk berjaya.
DeleteAla... n3 ustaz kali ini buat saya teringatkan WKH saya la... Nanti nak letak jugaklah koleksi gambar berdua. Hahaha...
ReplyDeleteCepat-cepat sikit. Saya pun nak tengok juga.
DeleteSekurang-kurangnya ada juga kenangan...