Entry kali ini adalah sambungan daripada entry terdahulu: Budak 10 Tahun Dan Seksualiti.
Sejak Isnin, asyik meniti di bibir mereka, perkara berkaitan seksualiti, sehinggakan saya merasa rimas dengan setiap apa yang mereka perkatakan.
Tindakan mereka itu akhirnya mengundang kemarahan saya.
Mereka yang sebelum ini bergurau mesra dengan saya tanpa sebarang masalah, kini gurauan mereka bercampur bahasa-bahasa yang agak menjurus kepada perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai 18SX.
Bila saya sudah naik angin, barulah masing-masing mengendurkan sedikit penggunaan bahasa-bahasa tersebut.
Dalam keadaan yang sedikit tegang itu, saya cuba membasuh mereka dengan ketidakwajaran ceramah tersebut diadakan.
Dalam situasi 'basuh-membasuh' pemikiran dengan 'clorox' itu, bertalu-talu soalan berkaitan perkara tersebut diajukan kepada saya. Sehinggakan terbongkarnya kaedah penyampaian ceramah berkaitan seksualiti itu kepada saya.
Nampaknya ada pihak cuba untuk menyiarkan 'adegan-adegan' yang lucah untuk meracuni pemikiran budak-budak bawah umur. Walaupun murid-murid saya mengatakan bahawa video tersebut tidak dipasang secara keseluruhannya, dan mereka berlakon seolah-olah 'terpasangkan' video tersebut, saya yakin, itu semua adalah disengajakan.
Ya Allah, binasakanlah mereka yang terlibat
meracuni pemikiran anak bangsaku!
meracuni pemikiran anak bangsaku!
Ya Allah, binasakanlah mereka!
Ya Allah, binasakanlah mereka!
Agar mereka sedar akan tindakan salah mereka.
Ini seperti yang diceritakan mereka. Kalau mereka tipu, maksudnya ia tidak benar.
Hanya murid lelaki sahaja yang mengelilingi saya, mendengar dengan penuh teliti walaupun nada suara saya sudah dinaikkan. Murid perempuan mungkinnya lebih matang, tidak mahu bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya dikatakan.
Hanya murid lelaki sahaja yang mengelilingi saya, mendengar dengan penuh teliti walaupun nada suara saya sudah dinaikkan. Murid perempuan mungkinnya lebih matang, tidak mahu bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya dikatakan.
Kita sebagai orang dewasa sepatutunya menjadi pelindung kepada kanak-kanak daripada sebarang anasir-anasir buruk termasuklah meracuni pemikiran mereka daripada perkara-perkara lucah seperti ini. Sekiranya mereka menjadi penyumbang kepada kerosakan pemikiran anak-anak, makanya eloklah mereka ini ditentang habis-habisan daripada terus berusaha merosakkan anak-anak lain.
SAYA YAKIN, pastinya ramai daripada kalangan ibu bapa kepada murid saya masih TIDAK MENGETAHUI berkenaan ceramah seksualiti yang diwajibkan ke atas anak-anak mereka. Juga, saya yakin, mereka tidak mengetahui apa yang disampaikan dalam ceramah tersebut. Sekiranya ibu bapa turut sama dengan anak-anak mereka dalam ceramah tersebut, saya yakin mereka pasti tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang 'dihidangkan' kepada anak-anak mereka.
Ingat, selagi masyarakat kita tidak berusaha menghiasi kehidupan dengan cara hidup Islam, selagi itu kita terpaksa berhadapan dengan beberapa pihak yang cuba meracuni pemikiran keluarga kita.
Seks cerita dengan orang yang nak kahwin, bukan dengan budak-budak. |
Boleh jadi rosaknya anak-anak bukan kerana ibu bapa, tetapi angkara beberapa pihak yang BEBAL yang menyampai apa yang mereka kata sebagai ilmu secara tidak BERHIKMAH.
والله تعالى أعلى أعلم
Tinta mencoret: Cakap BEBAL karang ada yang melenting.
Pusat Servis Perodua Taman Keramat, Kuala Lumpur WP
ada je agenda utk merosakkn pemikiran anak2 trutama yg bragama Islam.....minta dijauhkan.
ReplyDelete