Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 March 2013

KAMIL Zon 1 Sepang 2013

Bergambar sejurus tiba di SRA Bukit Bangkong, Sepang.
Pada hari Sabtu lepas (23 Mac 2013), pihak sekolah menghantar hampir 200 orang peserta mewakili sekolah ke Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon 1 Daerah Sepang di SRA Bukit Bangkong.

Saya dipertanggungjawabkan untuk melatih peserta Khat Tahap 2, lelaki dan perempuan.

Tetapi saya banyak tengok latihan peserta Khat Tahap 1.

Saya memerhatikan Farkhan dan Izzah ketika latihan menulis khat. Farkhan dan Izzah mewakili sekolah bagi acara Menulis Khat Tahap 1.
Menyebuk mengomen persembahan peserta acara Muhawwarah, Azim (kiri) dan Naufal.

Acara Khat bermula serentak selama 1 jam 30 minit. Kelihatan Farkhan tersenyum menanti kertas diedarkan. Izzah duduk di sebelah kanan dewan pertandingan, agak sukar untuk mengambil gambarnya.
Ni Luqmanul Fitree, peserta acara Menulis Khat Tahap 2. Dua hari je saya train dia sebab dia pernah jadi wakil sekolah dalam acara ini, tahun lepas.
Bergambar dengan peserta acara Rawi dan Marhaban.
Wah, dah mula 'ujian'.
Singgah sekejap melihat peserta Solat Jenazah yang diadakan di masjid yang bersebelahan dengan sekolah SRA Bukit Bangkong.
Peserta Muhawwarah, Naufal (kiri) dan Azim.
Bergambar dengan Wafir dan Adib. Rindu sama Wafir...
Minta tolong sama Ustaz Salihin untuk mengambil gambar Luqmanul Fitree. Boleh tahanlah khat dia jika dibandingkan dengan latihan ala kadar selama dua hari.
Saya yakin, Farkhan boleh menang.
Hakimin, naib johan acara Syarahan Bahasa Arab.
Amirul Hakeem dan Luqmanul Fitree, mendapat tempat ketiga dalam acara Pidato dan Menulis Khat.
Masing-masing seronok bila diumumkan sebagai pemenang, walaupun hanya naib johan dan tempat ketiga.
Dari kiri belakang: Aqif Aiman, saya, Hakimin, Amirul Hakeem.
Dari kiri hadapan: Razlan dan Solah.
Aiman ni jadi pembantu jurufoto saya sepanjang KAMIL Zon 1 ni.

Bergambar dengan peserta Menulis Khat Tahap 1 dan 2.
Dari kiri, Farkhan, saya, Luqmanul Fitree, dan Izzah. Seorang peserta lagi, sudah balik awal.
Farkhan mendapat naib johan manakala Izzah tidak bernasib baik.
Takpe, cuba lagi tahun depan ye, Izzah.

Dah dua tahun saya bertanggungjawab menyelia peserta acara Khat Tahap 2. Tahun lepas diwakili oleh Huzaifah dan Sofea, cuma tiada rezeki untuk sampai ke peringkat Negeri.

Habis pertandingan, kena marah dengan Guru Besar sebab tak melatih peserta Khat Tahap 2 dengan baik. Takpe, saya dah ganti dengan pemerhatian saya terhadap peserta Khat Tahap 1. Manalah tahu, boleh Johan peringkat Daerah dan Negeri nanti... Hehehe...

Keputusan boleh di lihat di Facebook SRA Bandar Seri Putra.

Tinta mencoret: Semoga ilmu yang dipelajari sepanjang latihan KAMIL ini dapat diamalkan suatu hari nanti.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment