Cantik gambar yang diambil Hariz Syahmi ni. |
Ya Allah, banyaknya tugasan yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih lagi menjelang AGM PIBG Kali Keempat yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 2 Mac ini.
Malam tadi diadakan mesyuarat AJK PIBG di sekolah. Mesyuarat dan konsultasi saya bersama YDP PIBG selesai pada jam 1.15 pagi. Hanya tinggal saya, Tuan Guru Besar, YDP PIBG, GPK 1, dan Encik Badrulsham sahaja yang berada di sekolah sehingga saat tersebut. Harapan YDP PIBG begitu besar sehingga saya sendiri berasa sukar untuk mengikut rentaknya. Namun, demi anak didik, saya korbankan sebahagian besar masa saya untuk merealisasikan harapannya.
Sampai rumah, jam menunjukkan lebih kurang 2.15 pagi.
Itulah sebahagian routine guru-guru yang kebanyakkan orang tidak tahu. Yang mereka tahu, menyalahkan guru-guru sekiranya berlaku apa-apa pada anak mereka. Huh.
Entry kali ini saya muatkan beberapa gambar sepanjang seminggu saya tidak mengemaskini blog. Layan dulu. Nak mengarut dalam blog ini, idea masih belum ada.
۞ ۞ ۞ KEM KEPIMPINAN ۞ ۞ ۞
Unit disiplin dan pengawas sekolah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas pada 15 dan 16 Februari 2013. Buat kat sekolah je, jimat. Saya diamanahkan dengan beberapa tugas, sebagai fasilitator, bahagian tugas-tugas khas, mengambil gambar untuk simpanan pihak sekolah, juga membantu di bahagian penyediaan makanan. Kerja yang terakhir tu tak dapat buat sebab dah terlampau banyak sangat kerja.
Ni assistant saya sepanjang program, Hariz Syahmi namanya. Tak sempat makan tengah hari sampai terpaksa bedal twisties lebihan daripada hadiah. |
Bergambar bersama Aliff Adhwa dan Nafisah selaku ketua dan penolong ketua pengawas yang baru dilantik. |
Bergambar beramai-ramai. |
۞ ۞ ۞ USTAZAH AZIRA ۞ ۞ ۞
Seminggu selepas itu, rakan satu sekolah, rakan satu kuliah, dan rakan satu tempat kerja, Ustazah Azira selamat diijabkabulkan (betul ke ayat nih?) dengan jejaka pilihan hatinya, Ustaz Hafeez, pun satu tempat kerja dengan saya. Semoga pernikahan ini berkekalan dan mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta`ala, Ameen.
Seorang lagi sudah menamatkan zaman bujang.
۞ ۞ ۞ MUMTAZ ۞ ۞ ۞
Idea ini saya dapat daripada Sir M. Cumanya saya tak ikut bulat-bulat macam beliau. Dapat ikut sikit-sikit pun kira okeylah juga.
Tahun ini, saya cuba dengan kudrat yang ada untuk menyelia dua orang murid saya, Aqif Aiman dan Solah untuk menjadikan mereka salah seorang calon PSRA sekolah yang mendapat keputusan Mumtaz, atau paling cikai (ini bahasa orang muda, tidak sesuai digunakan dalam urusan rasmi) pun Jayyid Jiddan. Kedua-dua mereka adalah murid kelas 6 Ibnu Khaldun, kelas kedua daripada enam kelas tahun 6.
Tengok kesungguhan mereka, insya-Allah, mereka mampu menggarap Mumtaz dalam tangan.
Dari kiri: Solah, saya, Aqif Aiman. Saje bawa diorang solat Zohor di Masjid Besi aka Masjid Tuanku Mizan. Bagi semangat dengan jalan-jalan. Akan datang, dah tak boleh 'berfoya-foya' dah. |
Tak ada gambar sebab masing-masing 'khusyuk' sangat belajar. Hehehe...
Tinta mencoret: Ya Allah, Engkau pandanglah kami dengan pandangan belas ehsan daripada-Mu. Ameen.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Hai ustaz...sampai nama saya pun disebut dlm n3 kali ni...tp sy x phm apa yg ustaz ikut nye? Heeheh....insyaallah mereka berjaya ustz...
ReplyDeleteala... lebih kurang mcm cikgu dengan si Hafizam, tapi saya time weekend je bagi push kat diorg berdua tu... itu pun kalau free... hehehe...
DeletePehhh...patut le lama menghilang ustaz....mcm ni punya sibuk...mcm ne maw carik bakal SURI....ahakz...ahakz
ReplyDeletehehehe... tu la pasal. Kekurangan masa mencari Suri... Hehehe...
DeleteItulah tugas seorg cikgu..Yg pastinya walau sebyk manapun tugasan mengunung kita mampu lakukan mengikut masa yg ditetapkan...tak gitu?????
ReplyDeleteSelamat Penganting Baru utk Ustazah Azira.....moga bahagia hingga ke Jannah....
Insya-Allah, mudah-mudahan kita mampu melaksanakannya.
Deletewahhh
ReplyDeletememang betul2 sibuk nih
benar-benar sebuk sampai nak buat blogwalking pun kesuntukkan masa...
Delete