Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 February 2013

Terbaik '13 Demi Rasul

Pasukan perarakan SRA Bandar Seri Putra pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Daerah Sepang.

Setelah hampir 2 minggu saya tidak mengemaskini blog CTB ini. Haish... Sudah bersawang. Kerja bertimbun.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kerja yang bertimbun, cuba disiapkan sedikit demi sedikit walaupun sudah terlebih dateline.

Sebelum sekolah bercuti selama 4 hari sempena Tahun Baru Cina, pihak sekolah menghantar kontinjen bersama-sama sepanduk ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sepang. Majlis dimulakan dengan acara perarakan yang bermula dari masjid daerah, Masjid Sultan Hisamuddin dan berkesudahan di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi.

Seperti biasa, Tuan Guru Besar mengarahkan saya untuk menghantar pasukan kontinjen ke perarakan tersebut. Juga, saya diarahkan oleh Ustaz Zulraime selaku Guru Ko-kurikulum untuk melatih peserta perarakan. Hanya 40 minit sahaja latihan dan taklimat diberikan.

Dan hasilnya, kontinjen sekolah diumumkan sebagai pasukan terbaik dalam kategori Sekolah Kebangsaan/Sekolah Rendah Agama. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menghasilkan pasukan perarakan ini walaupun pada hakikatnya, kami semua macam tiada persediaan.

Sebelum pengumuman pemenang diumumkan, saya berulang-ulang mengatakan bahawa mereka tidak akan menjadi pasukan terbaik. Bila sudah diumumkan, mereka menyalahkan saya atas tindakan saya merendah-rendahkan kemampuan mereka. Bukan merendah-rendahkan, tetapi saya cuba untuk menerapkan perasaan tidak terlalu berharap dengan sesuatu yang belum tentu pasti.

Jom layan beberapa gambar semasa perarakan dan majlis sambutan tersebut.

Bersemangat berarak sambil berselawat ke atas Junjungan Besar
Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
Hampir tiba ke Dewan Seberguna Bandar Baru Salak Tinggi.
Masing-masing sudah kepenatan, volume selawat pun dah slow.
Bergambar dengan Fikri (berkaca mata) dan Haziq Sidqi, adik kepada Farhan Sidqi.
Eh, dengar ceramahlah! Sempat lagi berposing.
Kegembiraan setelah diumumkan sebagai pasukan terbaik.
Semoga dengan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada saya dan mereka untuk lebih cintakan Nabi.

Tinta mencoret: Tak sangka menjadi pasukan terbaik. Alhamdulillah.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

4 comments:

  1. Taniah Ustad....agaknya...bebudak sekarang kena di beritahu...depa akan memang....kalau tak menang pun depa dah menang moral.....ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah menang, masing-masing kegembiraan.

      Kalau tak menang, harap-harap begitulah...

      Delete
  2. TAHNIAH utk cikgu n anak2 muridnya...terbaiklah..
    Baguskan adakan program macam nie...Kat tempat akak xdelah pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Mungkin boleh dicadangkan kot. Kat sini, tiap-tiap tahun ada.

      Delete