Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

19 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 3

Saya dan Aiman.
Aiman bersungguh-sungguh nampaknya dalam memahami dan mengingati pelajaran dalam usahanya mendapatkan Mumtaz dalam PSRA.

Melihat kepada masa yang benar-benar terhad untuk menguasai hampir kesemua pelajaran PSRA kecuali Khat, saya terfikir, adakah saya mempunyai masa yang cukup untuk memastikan Aiman menguasai kesemuanya?

Setakat ini, saya baru sahaja menyentuh tiga pelajaran sahaja; Tajwid, Akhlak, dan Feqah. Ada lagi enam pelajaran yang masih belum disentuh; Tauhid, Sirah, Bahasa Arab, Imlak, Jawi, dan Hafazan.

Ujian syafawi Hafazan pula akan diadakan pada bulan Jun ini, lebih kurang 2 bulan lebih sahaja daripada sekarang.

Saya pula yang tertekan. Mana tidaknya, keadaan Aiman yang bersungguh-sungguh membuatkan saya bertekad untuk membantunya.

Kalau melihat kepada masa, agak sukar untuk saya memastikannya menguasai kesemua pelajaran. Mana tidaknya, masa yang ada hanyalah pada hari Sabtu. Kalau hari persekolahan pula, ada dalam tak sampai satu jam. Itu pun sehingga penghujung minggu ini sahaja. Bermula bulan April, Aiman diwajibkan menghadiri kelas tambahan di sekolah kebangsaan setiap malam Selasa dan Rabu.

Saya terfikir, dengan kekangan yang terlampau menghimpitnya, saya menganjurkan kepada Aiman agar mengkhatamkan al-Quran sebelum berhadapan dengan UPSR dan PSRA. Selepas berjaya mengkhatamkannya, bertawassul dengan amalan pembacaan tersebut.

Ya Allah, permudahkan bagi Aiman dalam menghadamkan kesemua ilmu agama yang dipelajarinya.

Semoga Mumtaz milikmu, Aqif Aiman.
Semoga Mumtaz milikmu, Aqif Aiman.
Semoga Mumtaz milikmu, Aqif Aiman.
Amin...!

Aiman yang sedang menggeliat ketika mengulangkaji pelajaran.
Gambar curi ini diambil pada 23 Februari 2013 (Sabtu), hehehe...
Tinta mencoret: Bukan mudah nak cari budak yang bersungguh-sungguh dalam ilmu agama.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

4 comments: