Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 4

Entah kenapa saya suka sangat gambar Aiman yang satu nih...
Alhamdulillah, berkat kesungguhan, akhirnya Aiman berjaya juga mendapat mumtaz dalam salah satu pelajarannya dalam Ujian Prestasi 1 (UP1). Itu satu je lah. Yang lain, hanya lulus sahaja sebab masa tu, memang belum sentuh langsung pelajaran lain.

Aiman berjaya mendapat 93 dalam pelajaran Tajwid. Saya sendiri berasa seronok dan puas dengan keputusannya. Perasaan Aiman mungkin lebih daripada itu. Melihat kepada riak mukanya ketika memberitahu keputusan tersebut, sudah terdapat tanda-tanda keseronokkannya.

Majoriti kawan-kawan sekelasnya tidak mendapat markah setinggi yang Aiman dapat. Solah yang sempat sekali mengulangkaji bersama-sama Aiman pun tercicir dua mata berbanding Aiman.

Saya pula bertambah bersemangat untuk membantunya selepas melihat keputusannya itu.

Cuma pelajaran lain yang agak tercicir ke belakang. Mungkin boleh dimaafkan sebab Aiman belum lagi menyentuh pelajaran lain sebelum UP1.

Melihat kepada keputusan Aiman yang melonjak dalam pelajaran Tajwid, kini saya terpaksa merancang dengan lebih baik masa ulangkaji Aiman agar lebih bersistematik berbanding sekarang yang sedikit kabut.

Insya-Allah, dengan bantuan keluarganya, Aiman pasti boleh berjaya. Mana ada keluarga yang tak mahu anaknya cemerlang, betul tak...?
Keputusan Aiman. Dia minta saya padamkan markah pelajaran lain yang rendah.
Kertas ujian bagi pelajaran Tajwid.
Ni kertas ujian Balqis, anak buah saya di sekolah yang berbeza. Lebih 2 markah daripada Aiman. Saya jadikan keputusan Balqis sebagai kayu ukur terhadap markah Aiman. Pelajaran lain, memang Aiman kalahlah... Takpe, cuba lagi dalam ujian yang akan datang. Ada tanda dalam kertas tu yang mesin scanner saya tak boleh baca...
Semoga Mumtaz milikmu, Aqif Aiman.
Semoga Mumtaz milikmu, Aqif Aiman.
Semoga Mumtaz milikmu, Aqif Aiman.
Amin...!

Tinta mencoret: Insya-Allah, Aiman boleh berjaya.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments: