"Eee, ustaz gay, pegang-pegang orang."
"Pegang pun tak boleh? Kalau macam tu, orang Arab tu semua gaylah, sebab diorang berjumpa peluk-peluk. Kamu juga jangan salam dengan saya. Kalau kamu salam, kamu pun gay sebab kamu pegang saya."
Agak berang dengan kata-kata beberapa kerat orang murid ketika saya meraikan pencapaian Solah dan Aqif Aiman dalam Ujian Prestasi 1 bagi pelajaran Tajwid. Solah mendapat 91 peratus manakala Aqif Aiman pula mendapat 93 peratus. Solah yang ketika itu baru sahaja selesai latihan nasyid menunjukkan keputusannya kepada saya manakala Aqif Aiman menyusul beberapa minit kemudian seusai menunaikan solat Asar berjemaah berimamkan Ustaz Rijal.
Sejak kebelakangan ini, murid-murid saya, bermula dari tahun 4 sehinggalah tahun 6, asyik berbicara berkenaan dengan gangguan seksual dan LGBT. Huh. Saya semasa berumur 12 tahun dahulu, masih tidak mengetahui apa itu seks, tetapi mereka kini lebih ke hadapan.
Saya tidak nafikan sebahagian murid saya yang berumur 12 tahun mengetahui perkara ini, namun bagi yang berada di tahun 4 tidak mengetahuinya.
Bergambar dengan piala kemenangan keceriaan kelas 4 Ibnu Rusyd 2011. Eh, jangan rapat-rapatlah. Boleh jadi 'gay'. |
Sehinggalah pada Isnin lepas (18 Mac 2013), pertemuan mereka dengan saya dipenuhi dengan perbincangan berkaitan seksualiti. Malah, ketika saya diperdengarkan bacaan al-Quran oleh murid-murid saya, topik tersebut terus diperkatakan.
Malah ada yang 'berani' membuka zip seluar mereka di hadapan kami!
Astaghfirullah.
Sikap pelik ini tidak pernah dizahirkan mereka di hadapan saya sebelum ini. Tak tahulah kalau mereka memang begitu ketika sesama mereka.
Bergambar ketika sedang membersihkan kelas 4 Ibnu Bathutah 2012. Dari kiri: Haziq Aiman, Wan Ahmad Iskandar, saya (belakang), dan Haziq. Ops, saya tak gay ye dengan aksi ini. |
Semua ini gara-gara kerana mereka semua 'diwajibkan' menghadiri ceramah berkaitan seksualiti dan LGBT yang dianjurkan oleh satu pihak.
Saya tidak tahu apa yang disampaikan dalam ceramah tersebut. Cuma saya terkilan, kesan daripada ceramah tersebut terpaksa saya hadapi, terpaksa saya perbetulkan.
Masih boleh dimaafkan sekiranya ceramah tersebut diberikan kepada murid-murid yang berumur 12 tahun kerana mereka sudah atau akan melangkah ke alam remaja, atau kepada murid perempuan yang lebih banyak terdedah dengan serangan seksual.
Namun persoalannya, apa kebaikannya jika disampaikan kepada murid lelaki yang berumur 10 tahun, yang rata-rata masih belum matang?
Pernah juga saya bertanyakan kepada murid tahun 6 yang 'bercouple', perasaan mereka dalam 'menjalinkan hubungan sebagai kekasih' kepada 'kekasih'nya, namun jawapannya tidak selari dengan naluri 'berkasih-kasihan' sebagaimana orang dewasa. Hubungan mereka hanya kerana ia menjadi trend dan ikutan muda-mudi yang hanyut dalam mengikut budaya Barat! Kalau benar mereka berkasih sebagaimana orang dewasa, perasaan itu hadir dalam diri si perempuan kerana kematangan mereka. Bagi si lelaki, TIDAK RAMAI yang sudah memiliki perasaan itu dalam usia semuda 12 tahun.
Saya pernah bercerita kepada murid-murid saya berkenaan kisah kaum Nabi Luth yang sebagaimana kita maklum terkenal dengan amalan perkahwinan sejenis. Respon mereka agak menarik kepada perkara berkaitan "perkahwinan sejenis". Secara mudah saya memberikan penerangan dan larangan Allah terhadap perbuatan tersebut. Alhamdulillah, mereka faham (pada hemat saya).
Tidak perlu penerangan yang terlampau terperinci sehinggakan mereka 'mahir'.
Penerangan yang 'terlampau' terperinci membuatkan mereka akan lebih berkeinginan untuk mencuba.
Tidak perlu contoh kerana perkara tersebut sudah pun saya hadapi.
Mungkin akan terhasil masyarakat yang lebih parah berbanding apa yang kita sangkakan.
Tidak berhikmah dalam penerangan.
Apa kata kita kembali kepada kehidupan yang Islami, menjaga batasan antara berlainan jantina, ibu bapa mengambil berat tentang keselamatan anak mereka, menghidupkan amalan sunnah, dan sebagainya.
Mungkin itu jalan terbaik dalam MENGURANGKAN kes jenayah terhadap kanak-kanak khususnya yang berkaitan dengan gangguan seksual.
Maaf, bukan mungkin, tetapi itulah kaedah yang terbaik.
Kita buang Allah dalam urusan hidup kita, maka Dia porak-perandakan masyarakat kita dengan musibah berbentuk jenayah tersebut.
Bak kata Profesor Izzi, "Renung-renungkan dan selamat beramal."
Tinta mencoret: Siapa suruh buang Allah?
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Entry terdahulu yang disyorkan untuk dibaca:
- Berpasang-pasangan
- Rogol: Salah Lelaki Atau Wanita?
- Artis Seksi Mentarbiyyah Belia
- Ikut Manual Pengeluar
Aksara Cinta Ilahi
Ini semuanya menakutkan Ustad....saya tak ajar anak saya dgn internet....moga ia kurang hadapi pendedahan melainkan dgn rakan sebaya....
ReplyDeleteInternet merupakan salah satu faktor yang mungkin kita boleh kawal. Yang dirisaukan ialah faktor persekitaran yang turut menyumbang ke arah pendedahan tersebut.
Deletebudak2 skrg dh terlebih maju.....semuanya dihujung jari..trkdg kita boleh sentap dgn kata2 mrk ....huhuhu....
ReplyDeleteKalau zaman sekarang dah jadi macam ni, macam mana pula zaman akan datang...
Deletebangga dengan senior saya ni.
ReplyDeletedah jadi ustad syahmi.
nak jadi ustaz gak lah.
haha.
-danial fatanah-
Haish. Tak perlu bangga apa-apa pun. Lainlah kalau jadi Perdana Menteri.
Delete