Sebulan meninggalkan blog CTB ini penuh bersawang. Entry terakhir pun dibuat selepas sebulan menyepi. Adoyai...! Banyak perkara dan aktiviti yang nak dikongsi, cuma kekangan masa yang banyak menghalang saya untuk meluangkan dua tiga jam di hadapan komputer, juga beberapa masalah yang terpaksa saya selesaikan dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Tidak mahu membiarkan blog ini terus bersawang, saya terpaksa curi sedikit masa untuk berkongsi satu peristiwa yang sukar untuk saya terima dalam bulan ini.
Tarikh: 22 Jun 2013 (Jumaat)
Aktiviti: Jamuan Kelas 4 Ibnu Khaldun sebelum rombakan kelas
Tempat: Pusat Sumber Sekolah
Jurukamera: Aqif Aiman dan Solah
Pihak pengurusan sekolah membuat keputusan untuk merombak kelas bagi kesemua kelas mengikut peratusan. Selepas keputusan ini dibuat, 24 daripada 38 orang murid kelas kendalian saya, 4 Ibnu Khaldun terpaksa dikeluarkan dan ditempatkan di kelas yang bersesuaian dengan peratus yang mereka peroleh.
Dah tak boleh nak buat apa. Saya cuba untuk mengurangkan senarai murid saya yang dikeluarkan tetapi cadangan tersebut ditolak oleh Penyelia Tahun 4 pada saat-saat akhir atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Ketika pengumuman ini saya umumkan kepada mereka pada Rabu lepas, ramai antara mereka tidak dapat menerima kenyataan. Bukan kerana mereka turun atau naik kelas, tetapi kerana hubungan mereka begitu akrab sesama rakan sekelas. Aqil, yang mendapat peratusan tertinggi, antara murid yang melangkah ke kelas pertama turut membantah malah menangis selepas pengumuman dibuat.
Bila melihat reaksi mereka, terasa bersalah mengumumkan keputusan tersebut. Kalau diikutkan hati, sememangnya saya tidak mahu melepaskan mereka. Namun, sebagai penjawat awam, slogan "KAMI MENURUT PERINTAH" terpaksa dilaksanakan.
Ramai antara mereka yang berpindah kelas itu adalah mereka yang selalu membantu saya dalam menguruskan kelas, sehinggakan kelas 4 Ibnu Khaldun pernah dinobatkan sebagai Johan Keceriaan Kelas 2 kali berturut-turut!
Untuk meraikan jasa-jasa mereka, saya mengadakan sedikit jamuan pada hari terakhir sebelum rombakan dilaksanakan bermula esok (24 Jun 2013).
Antara status Facebook salah seorang murid yang menyentuh hati. |
Menuang makanan untuk mereka. |
Tuan Guru Besar turut meluangkan masa memeriahkan majlis. |
Entah bila la Solah ambil gambar ni. |
Tangan capai biskut, mata pandang makanan lain... |
Irfan Hakimi, bekas ketua kelas, antara yang berpindah kelas. Banyak jasanya kepada saya dalam tahun ni. |
Solah ni... Tunggu la ready dulu baru ambil gambar. |
Cantik gambar ni. |
Berebut masing-masing nak bawa balik lebihan makanan. |
Aqil Amreen dan Haidhar membantu saya mengemas PSS selepas jamuan. |
Sesi mengemas. |
Sesi mengemas. |
Fadhil Rais tersenyum. ^_^ |
Orang lain sibuk mengemas, Ammar dan Irfan pula sibuk berposing. |
Bergambar. |
Masa ni, ada yang sudah mula menitiskan air mata... |
Mereka banyak membantu saya menguruskan kelas. Kini, kebanyakkan daripada mereka akan berpindah ke kelas lain. Agak sukar untuk membentuk kesepakatan semula selepas hampir 6 bulan bersama.
Selamat berpindah ke kelas baru. Kalau rindu, jemputlah datang ke kelas 4 Ibnu Khaldun.
Selamat berpindah ke kelas baru. Kalau rindu, jemputlah datang ke kelas 4 Ibnu Khaldun.
Tinta mencoret: Muka steady je depan mereka, tapi hati dah mula menangis.
Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Johol NSDK
cantiknya PSS kt sk syahmi....besar pulak tu...Aduyai mesti sedihkan bila keadaan sedemikian brlaku tnpa rela..ttp mesti brsebab pihak atasan lakukan sedemikian....
ReplyDeletePSS besar, tapi buku masih tidak mencukupi... hehehe...
DeleteSedih bila melihat mereka bersedih. Nak mengurangkan rasa sedih mereka, saya luangkan sedikit masa untuk membuat jamuan agar mereka dapat menerima keputusan rombakan tersebut.