Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 December 2013

Perlu Maaf?

Pernahkah kalian berhadapan dengan satu situasi di mana kalian dituduh dengan tuduhan yang kalian tidak melakukannya? Penerangan dan penjelasan yang sebenar-benarnya kalian berikan untuk menangkis tohmahan yang dibuat, namun penerangan dan penjelasan tersebut ditolak mentah-mentah bahkan tohmahan tersebut terus-menerus dilontarkan atas dasar sangkaan buruk atau su-uzh-zhon (سوء الظن) semata-mata.

Tiba ketika individu tersebut melakukan sesuatu perkara yang melampaui batas terhadap kalian, individu tersebut bermati-matian memberi seribu satu macam penjelasan sebagai alasan untuk menutup kesalahannya dan memaksa kalian menerima penjelasan tersebut?

Jikalau pernah, adakah kalian akan menerima penjelasan tersebut atau bertindak tidak menerima sebarang penjelasan daripadanya sebagaimana yang dilakukan individu tersebut ketika menuduh kalian dengan tohmahan yang terbit daripada sangkaan jahatnya sebelum itu?

Itulah yang saya lalui dalam dua tiga bulan kebelakangan ini, sehinggakan ia mengganggu banyak tugas saya. Setiap pergerakan saya diintip dan digali sedalam mungkin. Mungkin saya boleh namakan wataknya di sini sebagai si Anon.

Saya tahu, cuma saya diamkan aje. Diam di sini bukan bermaksud bersetuju dengan tindakannya.

Namun, bila si Anon mula bertindak mengekang pergerakan saya, tika itu saya tidak lagi dapat bersabar kerana tindakannya tersebut mengganggu saya, bukan sahaja mengganggu tugas saya di sekolah, bahkan turut mengganggu setiap apa yang ada pada saya, baik masa rehat, kenalan, kerja amal, ibadat, dan sebagainya.

Saya terpaksa membazir masa berbincang dengan beberapa orang yang tidak bersalah yang diheret oleh si Anon ini untuk mengetahui hujung-pangkal apa yang berlaku. Dan beberapa keputusan dan tindakan susulan saya buat demi kebaikan saya sendiri.

Saya ada banyak masalah yang perlu difikir untuk diselesaikan. Namun, si Anon ini tetiba sahaja menambahkan lagi masalah yang sedia berserabut dalam kepala otak.

Saya menjawab beberapa tuduhan liar tersebut. Bukan sahaja saya yang menjawabnya, orang yang terheret sama dalam konflik ini turut memberikan penjelasan. Tidak cukup dengan itu, saya terpaksa mengheret emak saya dalam pertikaian tersebut.

Namun, semua penjelasan itu ditolak mentah-mentah!

Allah Maha Berkuasa. Si Anon tiba-tiba tersilap langkah. Dengan setiap kemaafan yang diberikan kepadanya, dia 'mengorak' langkah dengan lebih 'agresif' dengan melemparkan tohmahan yang maha berat kepada saya.

Tuduhan tersebut lebih berat daripada tuduhan-tuduhan yang pernah diberikannya kepada saya sebelum itu.

Kini, tiada lagi kemaafan terhadapnya. Saya khuatir, sekiranya saya memberikan kemaafan dan membuka ruang kepadanya, pasti dia akan berterusan dalam tindakannya dalam melakukan kesalahan yang berulang.

Saya terpaksa bertindak keras dan kasar sebagaimana tohmahan keras yang dilemparkannya. Setiap janjinya sebelum itu tidak ditunaikan dan terus dilanggarnya.

Selain daripada saya mengambil tindakan yang agak keras, saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah agar menghukum si Anon ini agar tidak lagi mengganggu orang lain, terutamanya menghalang dan membantutkan usaha saya untuk terus berdakwah dan bermasyarakat.

۞   ۞   ۞   MAAF?   ۞   ۞   ۞

Saya bersifat lebih terbuka, akan menerima sebarang penjelasan yang diberikan. Namun, sekiranya saya diperlakukan sedemikian rupa, saya akan bertindak sebaliknya sebagai pengajaran terhadap orang yang melontarkan tuduhan yang tidak berasas tersebut.

Dalam banyak hal, kemaafan perlu diberikan kepada orang yang melakukan kesalahan terhadap kita. Namun, sekiranya kesalahan yang hampir sama dilakukan berulang kali, adakah wajar untuk diberikan kemaafan?

Islam menuntut kita memberikan kemaafan kepada orang lain. Namun, sekiranya kemaafan tersebut menjadi tiket untuk seseorang itu mengulangi kesalahannya bahkan makin teruk kesalahannya, adakah wajar kemaafan tersebut diberikan?

Usah berdalilkan "Sedangkan Nabi ampunkan umat," untuk menutup setiap kesalahan ulangan yang dilakukan tanpa berusaha untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

Heh, entry ini sebenarnya sebagai jawapan terhadap apa yang dia karutkan dalam blognya. Kata-katanya bak wali dan para nabi, penuh dengan sifat kerendahan. Namun ia tidak ubah seperti madah sang penyair, hanya penuh dengan kata yang berbunga-bunga. Saya percaya lebih ramai orang akan mempercayai atas faktor penulisannya yang penuh dengan kata-kata indah, bukan kerana fakta dan hujah.

Saya pula tak pandai nak bermadah, cukuplah dengan 'bisa dari lidah'.

Sekarang, sudah sedikit reda dari konflik di alam nyata, saya diheret pula ke alam maya.

Jadi, saya nak biarkan dia hanyut dalam alam maya, yang mana dia sendiri pernah berjanji untuk meninggalkannya. Janji tersebut kini menjadi dusta belaka.

Sekurang-kurangnya saya sudah dapat tumpu terhadap usaha sukarelawan yang saya laksanakan, dan yang terkini, "Projek Amal Baju Sekolah 1000 Pasang" yang dilaksanakan oleh Skuad Tamak Pahala. Mudah-mudahan tiada lagi konflik berlaku yang boleh mengganggu kerja-kerja tersebut.

"Eh, projek apa tu?"

Ha... bolehlah ke Facebook Skuad Tamak Pahala untuk maklumat lanjut.

Harap orang yang berkenaan tu baca entry ini.
Harapan juga agar dia terasa.
Harapan juga agar dia tenung dalam-dalam perangai buruknya.

Itu pun kalau dia rasa dia nak masuk syurga.
Teruslah cari pasal, kalau rasa badan dah kebal dengan api neraka.

Aku pun tak sabar nak 'tenyeh selori cabai'.
Akibat tindakannya yang macam cibai.

Tinta mencoret: Kau marah orang tak terima penjelasan kau. Time orang bagi penjelasan, ada kau terima?

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

4 comments:

  1. si anom ni jeles dgn syahmin nie......Mmg susah dpt org mcm nie...ada saja yg xkena dipndangan matanya.....bykkn bersabar ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masalahnya. tak tahu apa masalah dengan dia.

      gila kot...

      Delete
  2. Hebatnya akhlak para pengkaji ilmu nabi,
    Belum tentu diri menjadi wali,
    Tahniah mekar dalam sanubari,
    Insan mulia berlagak suci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh... Wahai pengecut, jangan berselindung di sebalik nama Anon.

      Delete