Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

06 December 2013

"Ustaz Syahmi Garanglah"

“Dulu sebelum saya kenal ustaz, saya ingat ustaz ni garang.” (kata Hafiz)
“Ustaz, ****** cakap muka ustaz garang tapi suka senyum.”
“Eh, cepat tutup pintu tu, Ustaz Syahmi nampak kita dari atas.
(ni kes bawa bergambar dengan telefon di dalam tandas)
(berbisik) “Wei, letak buku Tajwid atas mejalah. Nanti Ustaz Syahmi marah.”
(loghat pantai timur) “Ustaz, saya (bapa murid) dah suruh si ***** cakap dengan ustaz dah, tapi dia takut. Tu yang saya call ustaz ni.”
“Ustaz Syahmi tu okey ke tak kalau aku nak tanya soalan?”
Kumpulan saya yang best ketika rombongan ke Pulau Pinang, Oktober lepas.
Dari kiri: Razlan Izmal, Hafizul Hadi, Aqil Ilham, Irfan, saya, dan Amirul Hafiz.
Itu antara dialog atau yang sama waktu dengannya yang pernah terpacul keluar daripada mulut beberapa orang murid dan parents. Struktur ayatnya takde la sebijik-sebijik saya ambil, tapi lebih kurang macam itulah yang mereka katakan.

Bila berbicara berkaitan Ustaz Syahmi, antara perkara yang difikirkan oleh kebanyakkan murid saya di sekolah kini adalah: “Ustaz Syahmi seorang guru yang garang.”

Huh? Garang? Bermula daripada awal tahun ini (2013), saya membuat sedikit ‘analisis’ dan ‘observasi’ berkaitan dengan persepsi tersebut. Dan hasilnya adalah positif.

Saban hari, persepsi tersebut semakin menebal di kalangan murid-murid sehinggakan ada yang sudah mula takut bila mendapat saya sebagai guru kelasnya atau menerima saya sebagai salah satu guru yang mengajar kelasnya.

Prasangka tersebut sebenarnya menimbulkan satu gap atau jurang antara saya dengan mereka. Diperhatikan, jurang tersebut semakin melebar.

Tetapi, bila dapat teguran daripada Ustaz Jamaly, seorang pegawai di UPI PAID Hulu Langat, berkenaan perkara ini, saya memandang positif terhadap persepsi tersebut.

Tapi, title garang ni tidak terguna pakai kepada di hadapan yang selalu dengan saya, sebab mereka tahu saya tidaklah segarang seperti yang lain fikirkan...
Statement seorang ibu ketika membayar yuran persekolahan anaknya, awal tahun ini.
Belum start kelas, murid sudah cop "GARANG".
Status Facebook saya pada 12 September 2013 yang lalu.
Terima kasih kerana menghormati saya. Maaf kerana tindakan saya kadang-kala menimbulkan situasi sukar kepada pihak lain. Takpe kot kalau saya tak tutup nama tu, sebagai tanda penghargaan buat Taufiq yang mengambil langkah yang betul dalam berhadapan dengan seorang guru yang 'garang'lah sangat ini.
Terima kasih kak atas teguran dan peringatan ini.
Kenapa gunakan istilah 'mak tiri'? Hehehe...
Terima kasih kerana memberi gambaran bahawa saya seorang guru yang garang, ia memudahkan tugas saya memantau disiplin murid-murid. Tak perlulah saya buat-buat garang sebab mereka sendiri dah cuak tengok saya bila buat kesalahan disiplin. Mujur bukan guru disiplin. Hohoho...

Bak kata pepatah Melayu:
Sayangkan anak tangan-tangankan,
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Tapi, saya belum kahwin lagi...

Tinta mencoret: Marah tanda sayang.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

6 comments:

  1. Setuju......biar mrk tahu mana yg boleh n mana yg xboleh..semua itu utk displinkan mrk.....ada masanya kita boleh dijadikan tempat meluahkan masalah n amat rapat dgn mrk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada permulaannya, mereka pasti menyangkakan kita seorang yang garang.

      Tapi, bila mereka sudah boleh berfikir, pasti mereka membenarkan setiap tindakan kita tersebut.

      Delete
  2. Sebenarnya mimik muka@ bentuk muka y garang bukan gmbran sbnr peribadi seseorang..cuma sbg guru kita perlu tegas di dalam sesuatu keadaan n lebih mesra dengan murid supaya mereka lebih dekat dengan kita..garang hanya digunakan bila keadaan y mendesak kita lakukan pada masa tu..ye x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Mesra dalam banyak perkara, garang pada tempat yang perlu, dan tegas dalam setiap tindakan...

      Delete