Bergambar semasa Sambutan Hari Guru Peringkat SRABSP. Alihkan cursor ke atas gambar untuk nama. |
Sejak dua tiga hari ni, beberapa buah video yang memaparkan 'aksi' pelajar sekolah dibuli berlegar-legar di ruang maya. Dan penyebaran video tersebut menimbulkan kegusaran kepada masyarakat umum mengenai keselamatan para pelajar di sekolah, dalam kes ni: keselamatan pelajar di asrama.
Satu kes berlaku di Johor, manakala satu lagi di Perlis.
Sudah tentulah tindakan mereka itu salah, dan pihak berkenaan seharusnya memandang serius atas apa yang sudah berlaku itu.
Namun, tindakan segelintir individu, juga keyboard warrior yang menyalahkan guru-guru atas kes buli yang makin berleluasa itu amatlah tidak wajar sama sekali.
Lebih tidak wajar dan keterlaluan apabila mereka menuduh guru dan warden makan gaji buta, tidak menjaga pelajar sepanjang masa, dan lain-lain tuduhan liar.
Adakah perlu guru atau warden berada di sisi pelajar sepanjang masa? Oh... Sedangkan kita tidak mahu bos berada disamping kita, memerhatikan setiap gerak-geri kita sepanjang masa bekerja. Pelajar juga begitu.
Adakah perlu seorang guru atau warden itu sepanjang masa berada bersama pelajar? Adakah mereka perlu makan bersama? Adakah mereka perlu main bersama? Adakah mereka perlu tidur bersama? Adakah perlu mereka mandi bersama? Adakah kehidupan seharian pelajar perlu diiringi guru atau warden 24 jam sehari?
Mungkin mereka yang suka menyalahkan guru-guru ini tidak mengetahui tugas dan kekangan para guru dalam mendidik pelajar.
Saya cadangkan agar diadakan Progran "SEMINGGU SEBAGAI GURU/WARDEN" untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada orang awam khususnya kepada mereka yang suka menuduh para guru dengan pelbagai tuduhan yang bukan-bukan.
Cukuplah guru berhadapan dengan para pelajar yang 'ganas', tayar kereta guru dipancitkan, kelas disembur dengan spray mengancam guru, ada juga yang dibelasah...!
Orang luar, termasuk ibu, bapa, media, juga keyboard warrior yang pengecut, berhentilah daripada menuduh guru. Hormatilah guru-guru kita, juga hormatilah insan yang mendidik anak-anak kita.
Dengan memberikan penghormatan itu, maka terhasillah keberkatan terhadap ilmu yang kita pelajari, juga keberkatan terhadap ilmu anak-anak kita.
Eh, mak ayah pun kena hormati guru anak-anak mereka, bukan hanya pelajar dan murid sahaja tau...!
Status saya di Facebook, Rabu lepas. |
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bukan nk menyalahkn sesiapa syahmi. Akak bergelar guru lbh kurg 20thn. Thn ke 10 perlaksanaan rotan dimansuhkn, cg2 xdibenarkn merotan, mencuit malah kalau boleh marah pn kena simpan. Semua tu brmula 10thn yg lalu. Lihatlh ank2 hasil 10thn yg lalu. Emmmm..itulh realiti bila ibubapa trlalu melindungi ank2. Nk salahkn siapa. Hnya cg2 yg faham.
ReplyDeleteTak tahu nak kata apa.. Yang terbaru ni, warden sebat pelajar calon SPM tak solat Subuh pulak... Warden juga dipersalahkan...
Deleterotan tu bagus
ReplyDeletesaya selalu pesan kat cikgu2 yang ajar anak2 saya
kalau anak2 salah bgtau
buat apa yang wajar utk mendidik mereka
so far anak2 tak brani nak ngadu
sebab kalau derang salah, ngadu aje, mmg kena perisa tambahan kat umah
Alamak... akak lebih 'garang' dari saya...
DeletePada saya, rotan tu jalan terakhir (walaupun guru tak boleh guna rotan kalau ikut pekeliling). Cuma terkilan bila ada yang kata guru makan gaji buta, kerja hanya untuk gaji, bukan untuk memperbaiki sahsiah pelajar.