Sabtu, 28 April 2012, saya ke Masjid Taboh Naning, Alor Gajah untuk menghadiri jemputan majlis pernikahan saudara saya yang diadakan secara kecil-kecilan.
Selepas, selesai menjamu selera dan beramah mesra dengan keluarga pengantin, saya ke rumah Abang Fikri, bergurau senda.
Dalam 2.30 petang, barulah saya bergerak menuju ke Bandar Seri Putra.
Sambil memandu, saya mengatur jadual seterusnya, sama ada mahu ke pameran buku di PWTC ataupun ke Czip Lee di Kajang untuk mencari bahan bagi menghias kelas.
Keputusan diambil, saya terus ke Bandar Seri Putra dan membatalkan hasrat ke PWTC.
Setibanya di Bandar Seri Putra, saya berehat-rehat sambil merancang untuk ke Czip Lee selepas Asar.
Sambil-sambil mengemas kereta, kelibat sebuah kereta milik kawan serumah saya tiba. Setelah kereta diparkir di pintu rumah jiran, kawan saya keluar dalam keadaan yang begitu memilukan, dengan keadaan kepala yang berdarah, baju bercap tapak kasut, dan sedikit terhuyung-hayang.