Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

11 May 2010

Cinta? Part 1

Siapa yang ketiga?
Saya pernah banyak kali ditanyakan mengenai cinta. Cinta? Mengapa perlu ditanya soalan sedemikian? Perlukah saya menjawab beberapa suara "nakal" yang bertanya mengenai cinta?

Ya. Saya sedang dilamun cinta. Cinta ini hanya buat Allah Rabbul Jalil yang menyempurnakan kejadian dengan sesempurnanya. Cinta ini juga buat kekasih-Nya tercinta, junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ingat! Barangsiapa yang meletakkan cinta manusia lain lebih daripada cintanya kepada Baginda saw, sesungguhnya terdapatnya kecacatan terhadap keimanan dan keyakinannya kepada Allah swt, Tuhan yang mencipta kita.

Cinta yang agung.
Sabda Rasulullah saw:
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين. أو كما قال
Tidak sempurnya iman seseorang daripada kamu sehinggalah diriku ini lebih dicintainya lebih daripada ibu bapanya, anaknya, dan manusia sekelian.

08 May 2010

Thanks BN For The Gift

Terima kasihlah buat Barisan Nasional.
Satu-satu masalah datang menimpa. Bagai tidak cukup dengan belas kasihan kerajaan menyedekahkan Tanah Tinggi Genting untuk dimajukan sebagai pusat perjudian, kini mahu ditambah lagi tabiat perjudian dikalangan rakyat Malaysia dengan mempertimbang semula pemberian lesen pertaruhan untuk Piala Dunia 2010.

Apa cerita semua ini?

Alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sememangnya tidak munasabah. Menurut beliau, pemberian lesen untuk pertaruhan ini dikatakan mampu mengurangkan berleluasanya perjudian haram yang berlaku.

07 May 2010

Kuasa Duit Mengatasi

Zaman sekarang memang memerlukan duit dalam semua perkara. Sebut apa sahaja benda atau perkara, pastinya setiap sesuatu itu memerlukan duit. Makan, minum, belajar, melancong, qadha hajat, rumah, kereta, kesihatan, keselamatan, ibadat, dan sebagainya. Kepentingan duit tidak boleh disanggah lagi. Tanpa duit, kita tidak akan mampu berdiri dalam era mencabar ini untuk menongkah arus yang mendatang. Duit adalah SEGALA-GALANYA!

Oleh sebab itu, ada yang sanggup bekerja berbekalkan tulang empat kerat mereka mengangkat barang-barang yang beratnya berpuluh-puluh kilogram malah ratusan kilogram di pasar malam semata-mata mahu memperoleh RM 20 hingga RM 30 untuk anak isteri.

Ada juga wanita yang bekerja hingga larut malam mencuci tandas, membersihkan kawasan yang diberikan RM 500 semata-mata membantu suami yang tidak cukup untuk menampung kehidupan keluarga.

Ada juga para suami yang bekerja kerani membantu isteri membuat kuih-muih seawal 4 pagi untuk dijual semata-mata untuk memastikan anak-anak mereka membesar dengan sempurna.

02 May 2010

Antara Empat Koc Dan Koc Wanita

Set LRT empat koc RapidKL Aliran Kelana Jaya yang baru.
Setelah beberapa minggu, hari ini saya berkesempatan menaiki LRT aliran Kelana Jaya atau lebih dikenali penduduk Lembah Kelang sebagai PUTRA LRT. Alhamdulillah, ada peningkatan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Nampak jugalah inisiatif yang diambil pihak kementerian yang berkenaan dalam menangani isu kepadatan tren LRT ketika waktu puncak.

Terkejut saya membaca skrin yang tergantung di platform yang mengatakan bahawa LRT empat koc akan tiba beberapa minit lagi. Teruja juga mahu melihat bagaimana rupanya PUTRA LRT empat koc sama ada dua set tren dua koc dilarikan sekali ataupun pihak kementerian telah membeli sebuah set tren empat koc yang baru (tak paham? faham-fahamkan ajelah).

01 May 2010

Aminulrasyid

Allahyarham Aminulrasyid Amzah
Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan insiden kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah akibat terkena tembakan polis akibat tidak mengendahkan arahan pihak polis untuk memberhentikan kenderaan yang dipandunya.

Pada pandangan saya, secara kasarnya, kematian Aminulrasyid berpunca daripada sikapnya sendiri yang melanggar undang-undang serta tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa sebelum ditembak. Kelalaian pihak keluarga mengawasi anak remaja mereka tika larut malam juga mengundang kecelakaan yang mengorbankan nyawa Aminulrasyid.

Sebelum saya terus mencoret dengan lebih lanjut, eloklah kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Aminulrasyid Amzah semoga rohnya dirahmati oleh Allah swt. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersabarlah atas ujian yang diberikan daripada Allah swt.